Penyebaran Komik berunsur politik mendapat perhatiaan umum semalam khususnya di kalangan netizen di media sosial. Berikut merupakan kenyataan dari KPM.

Saya ingin menegaskan bahawa KPM tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran Buku Komik ini kepada institusi pendidikan termasuk sekolah.

Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik ini daripada mana-mana pihak atau pembekal.

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang neutral dan tidak seharusnya menjadi medan penyebaran propaganda politik.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


– Menteri Pendidikan

Komik 1mdb

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan penyebaran Komik Inisiatif Jalur dan Jalur Meraih Manfaat Bersama.