RPT merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh para guru. Ia sebenarnya perlu mengikut takwim sekolah masing-masing supaya ia lebih tersusun dan terancang.

Di sini admin ingin kongsikan RPT Pendidikn Islam Tahun 4 untuk kegunaan rakan-rakan khususnya Guru Pendidikan Islam GPI.

RPT TAHUN 4 PI (KSSR)

Di dalam pembinaan RPT, beberapa bahagian dimasukkan, seperti:

  • Minggu
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
  • Objektif
  • Aktiviti

Terdapat juga yang memasukkan terus beberapa elemen tambahan seperti BBM, EMK, KBAT.

Bagi Pendidikan Islam, RPH dan RPT ditulis di dalam tulisan jawi.

Untuk menaip tulisan jawi anda hendaklah menggunakan Keyboard Jawi UKM.

Namun begitu, masih ramai lagi yang belum menggunakan perisian ini.

Ada yang masih menggunakan Jawi Biasa dan Jawi Biasa2 beserta Traditional Arabic.

Diharap semua akan berpindah menggunakan Jawi UKM selepas ini.

Berbalik kepada RPT tadi, ia merupakan Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah dibina berdasarkan DSKP yang dikeluarkan Bahagian Pembangunan Kurikulum BPK Kementerian Pendidikan Malaysia KPM.

Pembinaan RPT juga perlu melihat jumlah waktu yang perlu dibahagikan dalam seminggu mengikut bidang: Al-Quran
Khatam Al-Quran
Ulum Syariah
Pelajaran Jawi

RPT yang anda dapat ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian sekolah anda.

Semoga perkongsian RPT Pendidikan Islam ini dapat membantu dan memudahkan anda.

Untuk Koleksi RPH Pendidikan Islam boleh rujuk di: RPH PI 1-6

Manakala DSKP boleh rujuk di: DSKP PI 1-6