Bahasa Melayu merupakan subjek yang sangat penting untuk ditekankan khususnya pada peringkat Sekolah Rendah. Penguasaan membaca dan menulis perlu dibentuk ketika di Sekolah Rendah lagi.

Oleh yang demikian penyediaan RPH Bahasa Melayu sangat memerlukan daya usaha kreatif guru-guru demi menghasilkan kualiti PdPc yang terbaik.

Di sini Pendidik2u ingin kongsikan beberapa contoh RPH yang lengkap untuk kegunaaan sepanjang tahun iaitu:

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2 KSSR Semakan

 

Sekiranya anda mempunyai versi anda dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan bolehlah menghantarnya kepada kami. RPH ini dihasilkan oleh Cikgu Jamaludin Musa dan Kumpulan eRPH1 erphMalaysia edidik, anda boleh menggunakannya untuk kegunaan sendiri di peringkat sekolah anda. Anda juga boleh sertai bengkel eRPH yang dianjurkannya di seluruh negeri.

Versi 2: Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Sekiranya ada penambahbaikan yang inign dibuat anda juga boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian diri anda, Namun begitu anda dilarang untuk menjualnya kepada orang lain sama ada versi original atau telah diubahsuai oleh anda.

Kita perlu menghormati usaha dan penat lelah rakan guru yang telah bersusah-payah untuk menghasilkan eRPH ini. Tapak RPH ini juga boleh di edit atau di tambah untuk kesesuaian aktiviti PdPC Bahasa Melayu kelas anda.

Cara Ubah Kelas, Aktiviti, Objektif

Klik pada spreadsheet data – Ubah di situ, jangan ubah apa-apa ketetapan ‘Setting’ yang lain.

Semoga info dan maklumat RPH BM Tahun 2 ini dapat dikongsikan bersama-sama rakan-rakan yang lain. Sebarang pertanyaan boleh ke facebook atau telegram pendidik2u. Untuk Subjek dan Tahun lain boleh ke: Koleksi RPH