Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membuat penambahbaikan kepada templat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) tahap 1 bagi semua mata pelajaran KSSR Semakan 2017.

Oleh yang demikian, guru-guru hendaklah memastikan templat yang anda gunakan adalah versi terbaru iaitu Versi 3.0.

Di dalam template pelaporan PBD ini ia merupakan template gabungan semua Mata Pelajaran mengikut tahun.

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen didalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011.

PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenalpasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Templat Pelaporan PBD Tahap 1 bagi Guru Kelas mengandungi beberapa Worksheet/Tab:

1. PANDUAN  
2. REKOD PRESTASI MURID
3. LAPORAN MURID  
4. LAPORAN MATA PELAJARAN
5. TEMPLAT PEREKODAN SEMUA MATA PELAJARAN (17) DI TAHAP 1 [TAHUN 1/2/3]
6. TAFSIRAN TP TENGAH TAHUN
7. TAFSIRAN TP AKHIR TAHUN
8. GRAF PELAPORAN

MUAT TURUN TEMPLATE PENTAKSIRAN BILIK DARJAH VERSI 3.0 BARU DI BAWAH:
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3

Templat yang di atas adalah templat gabung semua subjek.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID.

Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

  1. Nama dan Alamat Sekolah
  2. Nama Guru dan Nama Kelas
  3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
  4. Nama Pentadbir
  5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar)

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru Kelas hanya perlu memaklumkan kepada Guru Mata Pelajaran untuk merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman TEMPLAT MENGIKUT MATA PELAJARAN SAHAJA sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN.

Contoh Pelaporan Bilik Darjah Individu:

 

TAPAK TEMPLAT PBD

PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN DAN ULASAN GURU MATA PELAJARAN

  1. Tahap Penguasaan yang akan dimasukkan ke dalam Templat Pelaporan PBD ini adalah Tahap Penguasaan Keseluruhan sahaja dari semua mata pelajaran yang diambil oleh murid bagi kelas berkenaan sahaja.
  2. Guru Mata Pelajaran juga boleh membuat ulasan tambahan pada ruangan yang disediakan berkenaan pencapaian, kemahiran dan nilai yang difikirkan perlu untuk tujuan makluman tambahan kepada Ibu Bapa murid.

ULASAN GURU KELAS

Guru kelas hendaklah memberikan ulasan yang berbentuk komprehensif yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai. Ulasan tambahan berbentuk kebolehan lain yang unik antara murid juga digalakkan jika seperti kebolehan pengucapan awam (public speaking), mudah menghafal, mengenal paten dan sebagainya. Guru kelas atau guru mata pelajaran juga digalakkan menggunakan nama ringkas murid dalam membuat ulasan yang berkenaan untuk memberikan lebih nilai peribadi (personal touch) antara guru dan murid.

Diharap semua guru dapat memastikan tapak PBD yang anda gunakan adalah versi terbaru, berdasarkan Surat Pemakluman KPM/TKPPM/1/15 JLD 3(54) Bertarikh 25 April 2019