Ramai yang bertanya bilakah keputusan egtukar sesi Jun 2019 akan keluar?

Berdasarkan takwim egtukar, kebiasaannya keputusan egtukar sesi Jun akan keluar sebelum berakhirnya penggal pertama persekolahan.

Mengikut sumber, keputusan egtukar dijangka akan diumumkan pada:

  • Keputusan egtukar : 24 Mei 2019
  • Semakan Penempatan: 3 Jun 2019
  • Tarikh Berkuat kuasa Lapor Diri: 10 Jun 2019

Keputusan juga dijangka akan keluar pada jam 6 Petang.

(Tertakluk Kepada Info Rasmi Melalui Website eGtukar)

Semakan epgo boleh dibuat di laman web egtukar: https://epgo.mov.gov.my

Sebarang info rasmi juga adalah melalui website tersebut.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan pengurusan pertukaran guru di Malaysia yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru.

Negeri Johor merupakan negeri yang paling banyak permohonan keluar iaitu:

Rendah: 2439

Menengah: 1750

Manakala Kelantan menjadi negeri yang paling banyak permohonan masuk iaitu:

Rendah: 2994

Menengah: 2503