Tahun baru bakal menjelang tentu ramai memilih menyediakan azam baru. Tapi, kepada yang mempunyai anak yang bersekolah apakah persiapan yang diperlukan? Risau dan tidak tahu yang mana perlu diutamakan dahulu? Ikuti senarai berikut bagi menyemak persiapan awal tahun barang keperluan anak yang bersekolah tahun hadapan.

  1. Pendaftaran

Kini, pendaftaran anak ke sekolah pada tahun 2019 melalui Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM. Ibubapa seharusnya telah mendaftar sejak bulan Mac yang lalu. Pastikan semakan kelulusan permohonan telah dilakukan (Jun-Ogos).

  1. Yuran, senarai buku kerja dan lencana

Yuran dan senarai buku yang telah diberikan oleh pihak sekolah boleh dijelaskan pada hari pendaftaran atau pra-pendaftaran mengikut sekolah masing-masing. Yuran persekolahan biasanya tidak termasuk belian lencana sekolah, tali leher yang mempunyai logo sekolah, baju sukan berlogo sekolah, fail rekod murid, buku rampaian, buku nilam dan banyak lagi bergantung kepada senarai pihak sekolah.

Kebiasaannya minggu pendaftaran dan bayaran yuran sekolah di awal bulan. Maka, sebagai ibubapa dinasihatkan agar bijak merancang perbelanjaan pada bulan sebelumnya.

  1. Pakaian sekolah

Ibubapa yang belum berpengalaman membeli baju sekolah digalakkan untuk membeli pakaian sekolah awal. Saiz baju terhad jika ibubapa membeli baju sekolah lewat. Jika anak mempunyai saiz badan yang kecil, tentu sukar untuk mendapatkan saiz yang kecil disaat akhir. Selain itu, bilangan minimum set pakaian adalah 2 pasang.

Pakaian sekolah termasuk baju kemeja/kurung putih, tudung putih, kain/seluar biru tua, baju t-shirt sukan putih, seluar sukan (track suit) biru tua, tali pinggang, kasut dan stokin putih/hitam. Jika anak ke sekolah agama pakaian  mereka pula adalah sampin/kain hijau tua dan baju melayu/kurung putih, songkok hitam dan tudung putih.

Rujuk juga Surat Pemakaian Kasut Hitam

  1. Beg sekolah, alat tulis, pensel warna dan pembalut buku

Beli beg sekolah yang berkualti kerana ia akan digunakan setiap hari dan diisi dengan buku yang berat. Alat tulis pula, beli yang asas sahaja seperti pensel, pemadam, pengasah pensel, pembaris, kotak pensel dan pensel warna. Beli barangan borong dan murah pun tiada masalah. Alat tulis biasanya hilang atau tertukar di sekolah. Maklumlah, mereka baru hendak belajar menjaga barang peribadi. Bagi menjaga kekemasan buku pula, seeloknya buku-buku tersebut dibalut.

  1. Botol air dan bekal

Sebaiknya, belikan anak-anak botol air dan bekal untuk melatih mereka untuk berjimat. Pilih botol yang mempunyai penyedut supaya mudah diminum. Galakkan juga mereka membawa bekal air kosong.

  1. Tanda atau label barang anak anda

Kehilangan atau tertukar pakaian mahupun alat tulis biasa berlaku. Ibubapa disarankan untuk melabel semua pakaian dan alat tulis supaya mengurangkan risiko kehilangan.

SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID TAHUN 1

 

Di sini admin telah sediakan borang senarai semak keperluan murid-murid khususnya di sekolah rendah, bagi tahun 1 sangat sesuai untuk digunakan, anda juga boleh tambah perkara-perkara lain yang dirasakan perlu.

[pdf-embedder url=”https://www.pendidik2u.my/wp-content/uploads/2018/11/SENARAI-SEMAK-KEPERLUAN-MURID-SEKOLAH.pdf” title=”SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID SEKOLAH”]

Anda boleh muat turun dengan menekan butang ‘download’ ⌊⇓⌋ pada pdf di atas.

Semoga senarai semak ini boleh membantu ibubapa untuk menyediakan barang keperluan anak yang bersekolah tahun 2019. Sudah ada senarai, ibubapa boleh meninjau kedai yang menawarkan harga yang berpatutan untuk menjimatkan perbelanjaan anda.