Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin akan menyampaikan perutusan khas Perdana Menteri pada 10 Mei 2020, Ahad jam 2 petang.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Beliau dijangka akan mengumumkan sama ada PKPB akan disambung atau tidak selepas 12 Mei 2020 ini.

Berdasarkan jumlah kes Covid-19 pada minggu ini, kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan diteruskan lagi 2 minggu.

Ia sebagai langkah selamat dan berhati-hati bagi mengekang rantaian Covid-19 ini.

Dalam PKPB ini banyak sektor ekonomi telah dibuka dengan SOP yang ketat.

Walaubagaimanapun, sekolah dan Kolej dan IPT masih belum boleh dibuka.