KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA

ISU PENCEMARAN SISA KIMIA DI PASIR GUDANG – 34 SEKOLAH DIARAH TUTUP SERTA MERTA

1. Saya difahamkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang melibatkan YAB Menteri Besar Johor sedang bersidang sekarang bersama-sama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Bomba, PDRM dan Majlis Keselamatan Negeri.

2. Semalam saya telah turun ke Pasir Gudang dan meluangkan masa hampir separuh hari melawat mangsa di Hospital Sultan Ismail.

3. Saya juga ke Bilik Gerakan Bencana di Dewan Taman Pasir Putih. Di sana saya menyaksikan lebih 50 pelajar dihantar oleh ambulans tanpa henti dari sekolah berdekatan kerana sesak nafas dan mengalami simptom yang sama dengan mangsa sebelum ini.

4. Setelah melihat situasi yang semakin meruncing itu, saya telah mengarahkan semua sekolah dalam radius 3 kilometer ditutup serta-merta dan arahan ini melibatkan 11 sekolah secara keseluruhan.

5. Malangnya, hari ini saya dimaklumkan keadaan semakin kritikal. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini menimpa anak murid dan warga sekolah, saya telah mengarahkan sebanyak 34 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup serta-merta pada hari ini juga. Para guru juga tidak perlu bertugas kerana keadaan masih bahaya.

6. Saya ingin menegaskan, sejak dari awal kes ini berlaku pada 7 Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama erat dengan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim untuk memastikan keselamatan murid, guru dan pekerja sekolah menjadi keutamaan.

7. KPM memandang serius isu ini memandangkan ia melibatkan risiko nyawa kepada murid, guru dan pekerja sekolah dan KPM menggesa penjenayah yang melakukan kesalahan berat ini dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia
13 Mac 2019


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


SENARAI TERKINI SEKOLAH YANG DIARAHKAN TUTUP PADA 13 MAC 2019

1. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

2. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR PUTIH

3. SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH

4. SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

5. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJUNG PUTERI RESORT

6. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

7. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2

8. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3

9. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA MASAI

10. SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA AMSAI

11. SEKOLAH KEBANGSAAN PERIGI ACHEH

12. SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH*

13. SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH*

14. SEKOLAH KEBANGSAAN SCIENTEX

15. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MAWAR

16. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

17. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 1

18. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

19. SEKOLAH SENI MALAYSIA

20. SEKOLAH MENENGAH SCIENTEX

21. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT DAHLIA

22. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PASIR GUDANG 4

23. SEKOLAH KEBANGSAAN NUSA DAMAI

24. SEKOLAH KEBANGSAAN KOPOK

25. SEKOLAH KEBANGSAAN CAHAYA MASAI

26. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CENDANA

27. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 2

28. SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING 3

29. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 2

30. SEKOLAH MENENGAH DATO’ PENGGAWA TIMUR

31. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 3

32. SEKOLAH KEBANGSAAN MASAI

33. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL PASIR GUDANG

34. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PASIR GUDANG 4

*SEKOLAH AGAMA KAMPUNG PASIR PUTIH dan SEKOLAH AGAMA TAMAN PASIR PUTIH merupakan sekolah di bawah Kerajaan Negeri Johor.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u