Rancangan Pengajaran Harian RPH Matematik KSSR Semakan Tahun 3 merupakan RPH terbaru untuk kegunaan tahun 2019.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Semakan sebenarnya telah bermula pada 2017, dan pada tahun hadapan murid tahun 3 akan menggunakannya.

Di sini admin ingin kongsikan kepada rakan-rakan guru, iaitu eRPH untuk Matematik Tahun 3. RPH ini juga telah lengkap untuk digunakan sepanjang tahun.

Kepada mereka yang ingin menggunakan boleh muat turun di bawah:

RPH Matematik KSSR Semakan

Versi 1

Versi 2

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilkan oleh Kumpulan eDidik Malaysia, pembuat data dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH

Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

RPH yang diberikan ini hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya, anda DILARANG sama sekali MENJUALNYA biarpun anda telah membuat perubahan dari segi reka bentuk atau sebagainya.

Kita juga hendaklah menghormati rakan-rakan guru yang telah berusaha untuk membuat data-data untuk memudahkan guru semua.

Admin juga akan mengemaskini RPH Versi lain yang mungkin dapat membantu rakan-rakan guru untuk menggunakannya. Sekiranya anda mempunyai RPH yang ingin dikongsikan kepada semua bolehlah menghantarnya ke pendidik2u.

Semoga segala usaha dan sumbangan mereka diberi ganjaran dan limpahan rezeki yang luas.

Sekiranya anda ingin melihat RPH untuk subjek dan tahun lain boleh ke: Koleksi RPH

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u