Sepertimana pengumuman Menteri Pendidikan sebelum ini, di mana tiada lagi peperiksaan bagi murid di Tahap 1 (Tahun 1,2,3) sama ada pertengahan atau akhir tahun.

Hari ini Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 14 Tahun 2018 Pemansuhan Amalan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun Murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3) Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai 2019 telah dikeluarkan.

SS BIL 14 THN 2018

Muat turun dengan menekan butang ⬇ pada pdf di atas.

Sehubungan dengan itu, petaksiran yang lebih objektif dan menyeluruh termasuk amalan nilai-nilai murni yang berbentuk rutin harian.

Pentaksiran ini berlaku melalui pembelajaran yang menyeronokkan ke arah pembangunan dan pembentukan karakter murid.

Kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) adalah kemahiran asas murid Tahap 1 yang perlu dibina dan diperkukuh sebelum mereka melalui proses pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bagi mencapai hasrat tersebut, pentaksiran ini dilaksanakan melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan menjalankan aktiviti berikut:

  • Bercerita
  • Projek mudah
  • Permainan
  • Main peranan
  • Kuiz

Selai dari aktiviti di atas juga boleh dijalankan sekiranya bersesuaian.

KPM juga telah memutuskan supaya program saringan Literasi dan Numerasi (Program Linus 2.0) akan dihentikan mulai 2019.

Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti murid Tahap 1 yang mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira serta menyediakan intervensi yang bersesuaian di peringkat sekolah.

Semoga dengan adanya pekeliling ini, diharap dapat memberi pencerahan kepada guru dan ibu bapa yang tertanya-tanya jika tiada peperiksaan bagaimana nak menilai murid.

Pihak sekolah juga diharap mematuhi surat siaran yang telah dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia ini.

Surat siaran ini hendaklah dibaca bersama-sama Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1, manakala surat Pelaksanaan Linus 2.0 31 Mac 2016 dibatalkan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u