Kalau sebut sahaja kedai RM2 ECO ni pasti semua mengenalinya. (Kini RM2.10). Kedai ni memang cukup sinonim dengan guru, bukan sebab apa, sebabnya cikgu bila datang ke kedai ni pasti akan memborong barang-barang sampai tak muat 1 bakul.

Kalau kita masuk kedai ni kadang-kadang bertembung dengan penjaga atau anak murid sekolah kita.

“Banyaknya beli cikgu”, sapa mereka..

“Biasalah untuk anak-anak”, Jawab cikgu..

Sebenarnya yang dimaksudkan anak-anak di situ adalah untuk anak muridnya di sekolah!

Biasanya cikgu-cikgu suka borong alat tulis seperti pensel, pen, pemadam, gam, gunting, pembaris dan buku-buku kecil.

Barang-barang ni, cikgu nak buat apa?

Ia sebenarnya boleh dijadikan hadiah ganjaran peneguhan positif kepada murid-murid.

Mereka pasti seronok untuk belajar bersungguh-sungguh apabila kadang-kadang diberi ganjaran.

Walaupun bukanlah hadiah yang mahal tetapi ia cukup dapat membuatkan mereka gembira.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Selain itu juga, guru-guru juga membeli di kedai ini untuk mencari bahan-bahan hiasan kelas. Memandangkan guru kelas tidak diberi peruntukkan untuk menghias kelas, dan terpaksa mengeluarkan duit poket sendiri.

Walaupun harga barang RM2 tetapi jika pandai mengubahnya tetap mampu menjadikan kelas cantik dan menarik.

Namun tidak semua kawasan ada cawangan kedai RM2 eco ini. Tetapi kebiasaannya dipinggir bandar pun sudah banyak cawangan yang dibuka.

Sempena sesi persekolahan yang bakal tiba, pasti ramai yang ambil peluang untuk ke kedai ini. Apapun belilah barang yang kita perlu sahaja, bukan beli mengikut nafsu.

Sebab itulah ada orang mengelar kedai ini ‘berhantu’ nak beli 2, 3 benda sahaja, tetapi bila masuk jadi sebakul..

Semoga kedai yang sinonim dengan guru ini, diperluaskan lagi cawangannya untuk kemudahan dan keperluan masyarakat setempat.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u