RPT Pendidikan Islam Tahun 4 KSSR Semakan merupakan RPT untuk kegunaan 2020. Rancangan Pengajaran Tahunan ini biasanya dibina sendiri oleh guru-guru berdasarkan DSKP yang telah disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Kurikulum (BPK).

Di dalam pembinaan RPT, beberapa bahagian dimasukkan, seperti:

  • Minggu
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
  • Objektif
  • Aktiviti

Terdapat juga yang memasukkan terus beberapa elemen tambahan seperti BBM, EMK, KBAT.

Bagi Pendidikan Islam, RPH dan RPT ditulis di dalam tulisan jawi. Untuk menaip tulisan jawi anda hendaklah menggunakan Keyboard Jawi UKM.

Namun begitu, masih ramai lagi yang belum menggunakan perisian ini.

Kepada guru-guru yang masih belum mempunyai RPT Tahun 4 2020 ini, bolehlah dapatkan di sini:

RPT PAI Tahun 4 KSSR SEMAKAN


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Dengan adanya RPT ini dapat memudahkan para guru  guru untuk menyampaikan ilmu yang sahih dan melaksanakann proses p&p dengan berkesan serta dapat mengukur perkembangan murid secara lebih holistic dan autentik.

Untuk Tahun lain boleh ke pautan:

RPT KSSR Semakan Pendidikan Islam: TAHUN 1, TAHUN 2, TAHUN 3

Pendidikan Islam diharapkan dapat membentuk murid-murid yang berilmu, beriman, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab, beramal soleh, dan bertakwa serta mampu mampu mengubah diri berperanan sebagai khalifah yang menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

Jadikan RPT ini sebagai panduan untuk tahun 2020 ini, sekiranya terdapat kesilapan bolehlah maklumkan kepada kami.