RPT merupakan dokumen penting bagi guru, ia merupakan dokumen yang perlu disediakan oleh guru-guru sebagai bahan rujukan untuk membina RPH.

Dikongsikan di sini Rancangan Pengajaran Tahunan RPT Pendidikan Islam Tahun 3 KSSR Semakan untuk rujukan para guru yang mengajar Pendidikan Islam.

RPT sebenarnya tidak disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM hanya menyediakan DSKP, manakala RPT pula hendaklah dibina oleh guru berdasarkan kesesuaian sekolah dengan merujuk kepada DSKP.

RPT Pendidikan Islam Tahun 3 (KSSR Semakan)

Versi 1

Versi 2

Pembinaan RPT sebenarnya boleh dilakukan secara berkumpulan, ia bagi melancarkan lagi proses penyediaannya supaya dapat disediakan dengan pantas.

Di dalam RPT biasanya akan dimasukkan beberapa elemen seperti:

  • Minggu
  • Standard Kandungan
  • Standard Pembelajaran
  • Objektif
  • Aktiviti
  • Elemen Merentas Kurikulum
  • Bahan Bantu Mengajar
  • KBAT

 Untuk Pendidikan Islam pula, anda perlu membahagikan kepada 4 Bidang iaitu:

  • Al-Quran
  • Ulum Syariah
  • Jawi
  • Khatam Al-Quran

Pembahagian masa pula hendaklah merujuk kepada SPI KSSR Semakan 2017.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Untuk Tahun 3, pastikan RPT yang anda guna adalah dari KSSR Semakan, ini kerana ada sekolah yang terlepas pandang, terguna KSSR, oleh yang demikian Ketua Panitia khususnya perlu memastikan semua guru yang mengajar tahun 3 menggunakan RPT yang betul.

Penulisan RPT menggunakan tulisan jawi, bagi Pendidikan Islam RPT hendaklah ditulis di dalam tulisan Jawi. Berkenaan Tulisan Jawi ini admin akan sediakan artikel lain iaitu, penggunaan Keyboard Jawi UKM, yang menepati standard Jawi.

Jika sebelum ini anda menggunakan Jawi Biasa /  Jawi Biasa 2, anda hendaklah berubah ke Jawi UKM.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam menyediakan RPT dan RPH untuk tahun ini.

Rujukan Lain:

RPT PI TAHUN 1

RPT PI TAHUN 2

RPH PI LENGKAP SETAHUN

DSKP KSSR SEMAKAN PENDIDIKAN ISLAM

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u