Adakah semua suami isteri atau pasangan kepada penjawat awam atau pesara layak terima pencen terbitan?

Jika semasa penjawat awam atau pesara itu meninggal dunia, isteri atau suaminya itu masih merupakan isteri atau suami yang sah di sisi undang-undang bertulis, agama, adat atau mengikut kelaziman, maka layak dipertimbangkan menerima pencen terbitan.

Ada had tempoh kah?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Jika perkahwinan mereka berlaku sebelum bersara, maka pasangan tersebut layak terima pencen terbitan selama sepanjang hayatnya kelak, walaupun jika ditakdirkan dia berkahwin semula dengan suami/isteri baharu kelak.

Jika perkahwinan mereka berlaku selepas tarikh persaraan, maka jika pesara itu meninggal dunia, pasangannya serta hasil perkahwinan mereka itu hanya layak menerima pencen terbitan selama tidak lebih 20 tahun dari tarikh persaraan pegawai tersebut.

Dengan kata lain, pasangan yang telah bercerai, maka bekas suami atau bekas isteri TIDAK LAYAK menerima pencen terbitan. Walaubagaimanapun, jika perkahwinan mereka dikurniakan hasil zuriat, maka anak-anak hasil perkahwinan tersebut, jika masih berumur bawah 21 tahun, layak menerima pencen terbitan sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin (yang mana berlaku terdahulu) atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

Sumber; Facebook Bahagian Pasca Perkhidmatan PENCEN