Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), sebelum ini dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah ditubuhkan pada tahun 1973 sebagai sebuah Unit iaitu Unit Perkembangan Pelajaran di Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pelajaran.

Pada tahun yang sama, unit ini diasingkan daripada induknya untuk dijadikan sebagai satu bahagian baru di bawah Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ramai yang ‘pening’ nak cari laman web BPK MOE, atau BPK KPM, laman web yang sebenar adalah seperti di bawah:

LAMAN WEB BPK

http://bpk.moe.gov.my/

Sehubungan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pada ketika itu memperoleh bangunannya sendiri yang terletak di Damansara. Pada tahun 1977, PPK berpindah ke lokasi baru iaitu di Pesiaran Duta, Kuala Lumpur sehinggalah 31 Disember 2004.

Mulai 1 Januari 2005, PPK beroperasi di bangunan barunya iaitu di Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

Berikutan penstrukturan semula Kementerian Pelajaran Malaysia, berkuatkuasa 16 Jun 2008 Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)  kini dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian ini bertanggungjawab memperbaiki mutu dan meningkatkan taraf pendidikan melalui penggubalan dan pembangunan kurikulum yang relevan dan bermutu untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Fungsi Bahagian Pembangunan Kurikulum

  • membangunkan kurikulum sekolah
  • menyebarkan kurikulum
  • memantau pelaksanaan kurikulum
  • menyediakan bahan sokongan kurikulum
  • menjalankan penyelidikan dan penilaian kurikulum sekolah

Visi

Menghasilkan Kurikulum yang berkualiti untuk pendidikan negara yang bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Misi

Membangunkan kurikulum sekolah yang bersepadu dan berguna untuk perkembangan potensi individu sepenuhnya dan untuk memenuhi keperluan negara.

TERBITAN BPK


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI