Berdasarkan Takwim Persekolahan yang telah dipinda, sesi persekolahan pada tahun 2020 telah berubah. Begitu juga dengan Cuti Sekolah untuk tahun ini.

Bagi bulan Ogos ini, terdapat cuti sekolah yang telah disusun iaitu pada tarikh berikut:

20 Ogos 2020 sehingga 24 Ogos 2020

Ini bermakna pada bulan 8 ini sekolah akan bercuti selama 5 hari bagi semua Kumpulan A dan Kumpulan B.

Ia juga telah dikemaskini di dalam Kalendar Tahun 2020 yang terbaru:

Cuti Sekolah Bulan 8

Boleh muat turun Kalendar 2020 yang telah dikemaskini di Telegram: https://t.me/pendidik2u/3695


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Anda juga boleh merujuk Takwim Persekolahan Pindaan 2020

Aktiviti semasa cuti sekolah hendaklah dirancang dengan baik, lakukan perkara yang berfaedah dan bermanfaat.

Perkara yang paling penting semasa musim Covid-19 ini adalah dengan menjaga penjarakan fizikal, yang mana dulu disebut sebagai penjarakan sosial.

Elakkan pergi ke tempat yang sesak dan padat. Sentiasa memakai pelitup muka apabila berkunjung ke tempat awam. Kegagalan mematuhi peraturan memakai pelitup mulut mungkin boleh menyebabkan anda di denda.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam membuat perancangan yang teliti.

Sesi persekolahan bagi Tahun 2021 pula akan bermula pada 20 Januari 2021.