Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah pun mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam bagi tahun 2021. Jadual Gaji 2021 ini dapat membantu kakitangan kerajaan khususnya dalam membuat bajet dan pengurusan perbelanjaan sepanjang tahun.

Terdapat beberapa tarikh pembayaran gaji 2021 yang diawalkan kerana terdapat perayaan besar pada bulan tersebut. Oleh yang demikian, kita perlulah bijak dalam mengurus kewangan dan sentiasa berjaga-jaga dalam berbelanja.

SURAT PEKELILING AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
BILANGAN 5 TAHUN 2020

TARIKH DAN PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN TAHUN 2021

1. TUJUAN
Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan:-
1.1 Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021; dan
1.2 Peraturan yang perlu dipatuhi oleh Kementerian/Jabatan bagi memastikan
tatacara pengurusan bayaran emolumen dapat dilaksanakan dengan tepat, betul dan emolumen dibayar mengikut tarikh yang ditetapkan.


2. TARIKH PEMBAYARAN EMOLUMEN
Tarikh pembayaran emolumen bulanan bagi tahun 2021 adalah seperti di Lampiran 1 dan ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 dan surat kelulusan
Kementerian Kewangan Malaysia rujukan MOF.BSKK(S)600-1/7/6(41) bertarikh 4 Disember 2020 – Permohonan Pengecualian AP105 Tarikh dan Peraturan Pembayaran
Gaji Tahun 2021.

Jadual gaji 2021

Jadual tarikh pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2021

3. PERATURAN PEMBAYARAN EMOLUMEN

3.1 Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini hendaklah dibaca bersama SPANM Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan yang berkuat kuasa.

3.2 Tanggungjawab Pusat Tanggungjawab (PTJ)

3.2.1 Mengunci masuk Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) yang diterima daripada Pusat Pembayar Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

3.2.2 Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320 Pin.1/2019) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan dikemas kini dan diproses secara berasingan
(late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut;

3.2.3 Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil
tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji termasuk perkara berikut:
(1) Butiran peribadi;
(2) Nombor akaun bank; dan
(3) Nombor rujukan:
(i) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
(ii) Cukai Pendapatan;
(iii) Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya.

3.2.4 Memastikan semua arahan bagi potongan emolumen adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.

3.2.5 Memastikan semua pembayaran emolumen pegawai awam dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer. Sekiranya terdapat keperluan pembayaran emolumen melalui Arahan Pembayaran bagi kes-kes tertentu,
kebenaran dan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM Negeri/Cawangan hendaklah didapatkan terlebih dahulu.

3.3 Tanggungjawab Pejabat Perakaunan
3.3.1 Menetapkan tarikh pemprosesan emolumen bulanan untuk dipatuhi oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ).

3.3.2 Memastikan semua pembayaran emolumen pegawai awam yang dibayar melalui Sistem Emolumen Berkomputer dan sebarang pembayaran melalui Arahan Pembayaran boleh dibenarkan bagi kes-kes tertentu dengan kelulusan Ketua Akauntan Kementerian atau Pengarah JANM
Negeri/Cawangan.

3.4 Pembayaran Emolumen Bagi Pekerja Bergaji Hari
3.4.1 Bayaran hendaklah diproses bermula pada 1 haribulan atau hari bekerja pertama bulan berikutnya; dan

3.4.2 Tarikh pembayaran emolumen adalah selewat-lewatnya pada hari ketujuh (7) bekerja bulan berikutnya.
4. HAL-HAL LAIN
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) ini boleh dirujuk kepada pihak berikut:

Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611

5. TARIKH KUAT KUASA
Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai pada tarikh ianya dikeluarkan.