DSKP Matematik Tahun 4 KSSR Semakan ini merupakan dokumen yang penting yang menjadi rujukan untuk tahun 2020 bagi guru-guru khusunya yang mengajar darjah 4.

Dokumen ini hendaklah di simpan di dalam Fail RPH bagi memudahkan para guru untuk membuat rujukan.

Kepada yang ingin mendapatkan dokumen ini bolehlah memuat turunnya di bawah:

DSKP MATEMATIK KSSR SEMAKAN

Matematik Tahun 4

Kemahiran dalam matematik yang harus dikembangkan dan dipupuk
dalam kalangan murid meliputi numerasi, mengukur dan membina,
mengendali dan mentafsir data, manipulasi aritmetik, manipulasi
algebra, mengguna algoritma dan menggunakan alat matematik dan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Kemahiran dalam matematik yang menyokong pembelajaran
matematik yang berkesan dan berfikrah adalah:
 Kemahiran matematik;
 Kemahiran menganalisis;
 Kemahiran menyelesaikan masalah;
 Kemahiran membuat penyelidikan;
 Kemahiran berkomunikasi; dan
 Kemahiran menggunakan teknologi.

Kemahiran Matematik merujuk kepada keupayaan seperti berikut:
(i) Menggunakan laras bahasa matematik yang betul dan
mengaplikasikan penaakulan mantik;
(ii) Menyatakan idea matematik secara jitu;
(iii) Membuat, menguji dan membuktikan konjektur;
(iv) Mengekstrak makna dari suatu penulisan matematik; dan
(v) Menggunakan matematik untuk memperihalkan dunia
fizikal.

Nilai adalah kualiti afektif yang ingin dibentuk melalui PdP matematik
menggunakan konteks yang sesuai. Nilai kebiasaannya diajar dan
dipelajari secara implisit di dalam sesi pembelajaran. Nilai murni
yang dipupuk akan seterusnya menjelmakan sikap yang baik.

Penerapan sikap dan nilai dalam PdP matematik bertujuan
melahirkan insan yang berketerampilan dari aspek pengetahuan dan
kemahiran di samping memiliki akhlak yang mulia. Penghayatan nilai murni juga dapat membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan
berkeperibadian luhur dan mempunyai sikap yang baik.

Sikap dan nilai yang perlu dibangunkan dalam diri murid melalui PdP
matematik ialah:
1. Nilai matematik; merujuk kepada nilai dalam pengetahuan
matematik yang merangkumi penekanan kepada sifat-sifat
dalam pengetahuan matematik; dan
2. Sikap dan nilai sejagat; merujuk kepada amalan dan nilai murni
sejagat yang diterapkan merentas semua mata pelajaran.
Pembentukan nilai melalui PdP matematik juga seharusnya
melibatkan unsur ketuhanan, kepercayaan, minat, penghargaan,
keyakinan, kecekapan dan ketabahan.

Semoga dengan adanya DSKP Matematik Tahun 4 ini dapat membantu anda dalam melengkapkan fail dengan mengisi dokumen yang berkaitan.