Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengeluarkan Takwim Pindaan Penggal Persekolahan Tahun 2020 bagi menyusun semula sesi persekolahan bagi tahun ini yang terjejas disebabkan penularan Virus Covid-19

Pindaan Takwim ini juga telah disiarkan di dalam Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang,
Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya

PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020

Pengajaran dan pembelajaran bagi murid Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
Semester 3 (Kohort Tahun 2020) dan Semester 1 (Kohort Tahun 2021) akan disambung
pada Tahun 2021 berdasarkan Penggal Institusi Pendidikan yang akan diwartakan kelak.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Berdasarkan pada takwim di atas juga kita akan bersekolah sehingga 17 Disember 2020 bagi kumpulan A dan 18 Disember bagi kumpulan B.

Selain itu, cuti pertengahan penggal yang asalnya 25 Julai – 1 Ogos 2020 juga telah ditunda kepada 20 Ogos 2020 – 24 Ogos 2020

takwim persekolahan pindaan 2020

Pindaan ini sekaligus dapat membantu guru-guru melaksanakan PdPc yang tertangguh sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).