Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Kaunselor) di Bahagian Psikologi dan Kaunseling, Institut Pendidikan Guru Kampus dan KoleJ Matrikulasl seperti maklumat berikut:

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (KAUNSELOR)
DI BAHAGIAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING, INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DAN KOLEJ MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Senarai Jawatan

  1. Ketua Penolong Setiausaha, Gred DG48
  2. Penolong Setiausaha, Gred DG44 Bahagian Psikologi dan Kaunseling
  3. Ketua Unit Kaunseling/ Pegawai Kaunseling Gred 41/ 44 (Terbuka) Institut Pendidikan Guru Kampus
  4. Pegawai Kaunseling Gred 44 (Terbuka)* Kolej Matrikulasi
  • Kementerian: Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
  • Klasifikasi Perkhidmatan : Pendidikan/ Perkhidmatan Sosial
  • Kelayakan

KELAYAKAN

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/ DG44/ DG48 yang
sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan
disahkan dalam perkhidmatan

Memiliki ljazah Sarjana Muda Pendidikan/ Bachelor Pendidikan/ ljazah Sarjana dalam bidang Kaunseling dan Psikologi yang diiktiraf oleh kerajaan dari pengajlan tlnggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

iMempunyai purata markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) /
(PBPPP) untuk tiga (3) tahun terakhir melebihi 85%; Bebas daripada tindakan tatatertib/ SPRM/ pinjaman tegar;

Mempunyai pengalaman dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas kaunseling serta pengurusan.

Berdaftar dan mendapat Sijil Perakuan Amalan dad Lembaga Kaunselor
Malaysia (KBPA); dan

Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang
telah disertakan BPsK/001/02B seperti di lampiran.

Permohonan hendaklah disertakan dengan markah Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) untuk tiga (3) tahun terakhir, salinan sijil kelayakan, salinan kad pengenalan dan sainann Buku Perkhidmatan Kerajaan (dikemaskini) yang telah disahkan dan
dihantar melalui Ketua Jabatan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Borang permohonan dan dokumen sokongan perlu dihantar dalam
sampul surat berukuran 32cm x 22cm ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 15 0ktober 2020:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Psikologi dan Kaunseling
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1, Blok E9, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p. Unit Pengurusan)

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

Semua maklumat di borang perlu diisi dengan jelas. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menerima makluman berkenaan urusan temuduga tersebut. Dengan itu, pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemohon tersebut tidak dapat
dihubungi.

URUSAN TEMUDUGA

Cajon yang layak dan sesuai akan dipanggil untuk temuduga selewat-
lewatnya dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh tutup iklan ini;
dan Segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga adalah di bawah
tanggungan calon sendiri.

Bersama-sama ini disertakan maklumat terperinci mengenai kekosongan jawatan berkaitan:

IKLAN KAUNSELOR

Muat Turun

Adalah diingatkan kepada semua pemohon supaya mengisi borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan permohonan tersebut hendaklah
dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing. Permohonan yang lengkap
hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 0ktober 2020 (Khamis) ke alamat
di atas.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak YBhg. Datuk/ Dato ‘/
Datin/ Dr./ tuan/ puan boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti di bawah:

Puan Nurul Wardah binti Kusaidi
YM Tunku Nur Adnin binti Tunku Kudin
Puan Sin Zahirah binti Abu Bakar

03-88721737
03-88721708
03-88721712