Mengambilkira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.

Jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7juta isi rumah B40;
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang;
Ketiga: RM600 kepada hampir 1 .4 juta isi rumah M40; dan
Keempat: RM300 kepada 1.7juta kumpulan M40 bujang


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah
sebanyak RM300.

Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Kerajaan akan memberi peluang untuk rayuan dan permohonan baharu.

Ramai yang bertanya adakah guru dapat bantuan ini?

Sekiranya, masih tergolong dari kategori B40 atau M40 maka anda juga layak dengan bantuan ini.