Home info 50 Idea Program dan Aktiviti Selepas UPSR

50 Idea Program dan Aktiviti Selepas UPSR

27
0

Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2018 baru sahaja selesai berlangsung beberapa minggu yang lalu. Bagi murid-murid Tahun 6 di seluruh Malaysia, tempoh selepas peperiksaan ini adalah tempoh waktu yang menggembirakan bagi mereka.

Bagi guru-guru pula, biarpun peperiksaan telah berlalu, waktu persekolahan bagi murid tahun 6 tetap perlu diisi dengan program bermanfaat. Berikut merupakan beberapa tips dan saranan kepada guru-guru yang merancang untuk mengadakan program khusus bagi murid-murid ini.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Menghilangkan “stress” di kalangan murid-murid

Semua sedia maklum bahawa fasa menghadapi peperiksaan merupakan fasa genting bagi setiap pelajar. Kebanyakan pelajar telah bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran agar berjaya menjawab setiap soalan peperiksaan dengan sebaiknya.

Semasa proses mengulangkaji ini, pasti mereka merasa agak tertekan dengan situasi tersebut.

Jadi, antara program yang boleh dianjurkan setelah peperiksaan UPSR adalah program-program yang boleh meredakan tekanan serta membangkitkan emosi gembira.

Menambah Jati diri Pelajar Dan Persediaan ke Sekolah Menengah

Pihak sekolah boleh juga menganjurkan program peningkatan jati diri di kalangan murid. Pelbagai jenis kem jati diri seringkali diadakan baik di sekolah mahupun luar bilik darjah.

Selain kem jati diri, pihak sekolah juga boleh menganjurkan program persediaan menjejak kaki ke sekolah menengah. Ini dapat membantu pelajar agar bersedia lebih awal.

Menambah Kemahiran Diri

Program-program berbentuk latihan kemahiran juga amat digalakkan. Antara kemahiran yang amat sesuai dijalankan adalah latihan keusahawan, kerjaya, memasak, komunikasi, seni mempertahan diri, melukis dan sebagainya.

Kemahiran-kemahiran ini tidak sahaja berguna untuk kehidupan di sekolah menengah, malah ia amat berguna sepanjang kehidupan pelajar terlibat.

50 Contoh Aktiviti Menarik Selepas UPSR

Berikut disenaraikan contoh-contoh program yang boleh dianjurkan oleh guru dan pihak sekolah:

  1. Kem Ibadah
  2. Kem Jati Diri
  3. Kem Hafazan Al-Quran
  4. Klinik Al-Fatihah
  5. Pertadingan Melukis
  6. Pertandingan Rekacipta
  7. Pertandingan Catur
  8. Sukaneka
  9. Hari Sukan Tahun 6
  10. Lawatan Sambil Belajar
  11. Program pertukaran pelajar
  12. program khidmat sosial
  13. Pertandingan Memasak
  14. Bengkel Komunikasi dan Pengucapan Awam
  15. Eksplorasi Tempat Bersejarah
  16. Program Ramah Mesra Rumah Anak Yatim
  17. Minggu Keusahawan Murid
  18. Bengkel Seni Mempertahankan Diri
  19. Malam Kesenian Pelajar
  20. Bengkel Reka Grafik dan Foto
  21. Bengkel Fotografi
  22. Seminar Kerjaya
  23. Seminar Persediaan Sekolah Menengah
  24. Gotong Royong Mesra Masyarakat
  25. Bengkel Kraf Kertas/ Origami
  26. Bengkel Buku Popup
  27. Kembara Penulisan
  28. Seminar Remaja Cemerlang
  29. Program Cinta Alam Sekitar
  30. Aktiviti Rentas Desa
  31. Aktiviti Jelajah Berbasikal
  32. Bengkel Membuat Video
  33. Kembara Pantun dan Puisi
  34. Bengkel Penulisan Kreatif
  35. Program Keceriaan Kelas
  36. Pertandingan Melukis Mural
  37. Bengkel Anti Dadah
  38. Seminar Remaja Tolak Jenayah
  39. Demontrasi Anggota Bomba dan Penyelamat
  40. Pertandingan Dekorasi Taman
  41. Kursus Bahasa Asing
  42. Bengkel Renang
  43. Jungle Tracking
  44. Pidato Remaja
  45. Gotong Royong Kebersihan Sungai
  46. Aperatis Kerjaya
  47. Pertandingan Master Cheff Remaja
  48. Bengkel Penulis Muda
  49. Program Silang Bangsa dan Budaya
  50. Program Remaja Celik IT

Biarpun UPSR telah selesai, ia tidak bermakna pembelajaran itu sudah tamat, setiap aktiviti yang dianjurkan juga mempunyai manfaatnya.

Banyak perkara yang boleh dipelajari sebenarnya. Semoga penganjuran program-program sebegini memberi manfaat yang besar kepada murid-murid.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here