Home Berita Pemakaian Kasut Hitam Berkuat Kuasa 2021

Pemakaian Kasut Hitam Berkuat Kuasa 2021

2
0
Bila mula pakai kasut hitam

Murid Sekolah Rendah dan Menengah di seluruh negara akan memakai kasut hitam sepenuhnya berkuat kuasa mulai 2021. Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selepas mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), murid, pentadbir sekolah, Pertubuhan bukan kerajaan (NG0) dan rantaian pembekal.

KPM juga menyatakan persetujuan pemakaian kasut hitam akan dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan 2019 dan diluaskan lagi pada 2020. Oleh itu, dalam tempoh peralihan itu, kasut putih masih lagi dibenarkan.

KASUT HITAM
BERKUAT KUASA 2021

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah mengumumkan pemakaian Kasut Hitam hingga mencetuskan pelbagai kontrovesi terhadap beliau. Beliau membuat pengumuman itu setelah mengambil kira keluhan ibu bapa yang berkata kasut putih selalu cepat kotor.

Kementerian dalam kenyataan yang sama melarang pihak sekolah mewajibkan pemakaian kasut hitam dalam tempoh peralihan (2019-2020), kerana dikhuatiri akan membebankan ibu-bapa yang telah membeli kasut putih atau kasut putihnya masih elok untuk digunakan.

Ini bermakna, di sekolah tersebut akan ada sebahagian yang memakai kasut hitam dan ada juga yang masih lagi memakai kasut putih.

Ibu bapa juga tidak perlu tergesa-gesa menyediakan anak-anak mereka dengan pemakaian kasut bewarna hitam kerana tempoh transisi adalah sehingga 2020.

Berikut adalah kenyataan media berkenaan Pemakaian Kasut Hitam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

Pemakaian Kasut Hitam

Dengan pengumuman ini juga diharap tidak timbul lagi spekulasi bila tarikh bermulanya pemakaian kasut hitam. Cuma ada yang bertanya, Kasut hitam itu bolehkah kasut kulit? atau kasut kain? Pada pandangan guru-guru, lebih baik gunakan kasut kain yang berwarna hitam, ia lebih sesuai untuk digunakan untuk aktiviti luar kelas.

Semoga dengan info ini dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat, khususnya Ibu Bapa yang masih terkeliru sama ada hendak membeli kasut hitam atau putih pada sesi persekolahan tahun hadapan.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here