Pelajar sekolah seluruh negara dibenar pakai kasut hitam mulai tahun depan: Menteri Pendidikan. Beliau berkata demikian dalam Bicara Minda Sinar sebentar tadi.

Keputusan KPM untuk membenarkan murid-murid memakai kasut hitam mulai 2019 disambut baik warga masyarakat khususnya ibu bapa yang yang mempunyai anak di bangku sekolah.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Ketika ini murid yang memakai kasut hitam biasanya yang menjawat jawatan pengawas atau pengawas pusat sumber.

Rungutan selalu diterima dari ibu bapa, kasut anak-anak mereka mudah kotor biarpun baru sehari memakainya.

Berita ini pasti menggembirakan ibu bapa, guru-guru dan juga pelajar sekolah khususnya.