Fungsi Lembaga Peperiksaan Malaysia ialah Memberi nasihat, memantau, membuat analisis tentang penilaian berasaskan sekolah. Mengendalikan semua peperiksaan dan mengikut peraturan, garis panduan dan araham tentang peperiksaan.
Mengadakan peperiksaan, mengendalikan pemantauan dan menguatkuasakan peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan.
Tanggungjawab Lembaga Peperiksaan:
- Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.
- Menggubal spesifikasi semua bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan, kaedah pentadbirannya, bentuk pelaporannya dan pengawalan mutu alat-alat pengukuran.
- Menggubal alat pengujian dan pengukuran dan kaedah pemarkahan bagi menilai pelajar berdasarkan kurikulum.
- Menyelaras, mengeluar, mencetak dan mengedar alat pengukuran.
- Mengawal dan mengendali peperiksaan awam dan luar negeri.
- Memproses kemasukan calon dan data, mengeluarkan keputusan dan sijil dan menganalisis statistik.
- Menyelidik untuk mempertingkatkan mutu pengujian dan pengukuran pendidikan dan pengesahan “standard”.
- Mengurus khidmat bantu, nasihat dan perundingan berkaitan pentaksiran pendidikan.
- Memberi kelulusan kepada mana-mana institusi pendidikan bagi mengadakan/mengendalikan peperiksaan, menjalankan pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan, panduan dan arahan peperiksaan.
Laman Web Lembaga Peperiksaan:
http://lp.moe.gov.my |
Logo Lembaga Peperiksaan Malaysia
Logo ini adalah hasil daripada gabungan bentuk ogif dan lengkung normal. Bentuk ogif menunjukkan teknologi moden pengujian sementara lengkung normal melambangkan teori klasik pengukuran.
Ogif itu dibentuk menyerupai dua ekor burung menghadap satu sama lain dengan sayap mereka berbentuk buku yang melambangkan semangat berlumba-lumba dalam usaha mencari ilmu pengetahuan.
Warna hijau melambangkan Agama Islam – agama rasmi negara ini. Warna Emas membayangkan kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan.
Perkataan yang terukir pada bahagian bawah adalah moto Lembaga Peperiksaan iaitu Adil, Sahih dan Amanah.
VISI | MISI |
Peneraju Pentaksiran Bertaraf Dunia Menjelang 2020 | Sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan yang terjamin kualitinya dari segi kesahan dan kebolehpercayaan serta berperanan ke arah pembelajaran yang lebih berkesan. |
OBJEKTIF
- Merancang, membina dan mengeluarkan semua jenis dan bentuk pengujian dan pengukuran pendidikan berdasarkan Kurikulum dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
- Mengawal, menyelaras dan mengendalikan semua peperiksaan sekolah, peperiksaan awam dan peperiksaan luar negeri yang tidak bercanggah dengan dasar kerajaan dan kepentingan negara;
- Memberikan khidmat nasihat dan rundingan kepada sekolah dan pengurusan mana-mana badan tentang pengujian pendidikan.
Senarai Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Lembaga Peperiksaan
- Memberi salinan keputusan peperiksaan
- Terjemahan Sijil, Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan perkhidmatan terjemahan keputusan peperiksaan ke dalam Bahasa Inggeris sahaja.
- Permohonan pengesahan keputusan peperiksaan
- Semak Semula Kes T
- Salinan SIjil 1119
- Salinan Sijil LCCI
Peperiksaan dan Pentaksiran yang diuruskan oleh Lembaga Peperiksaan
Peringkat Rendah | |
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah | UPSR |
Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah | PASR |
Peringkat Menengah Rendah | |
Pentaksiran Tingkatan 3 | PT3 |
Pendidikan Asas Vokasional | PAV |
Peringkat Menengah Atas | |
Sijil Pelajaran Malaysia | SPM |
Sijil Tinggi Agama Malaysia | STAM |
Mata Pelajaran Aliran Kemahiran | MPAK |
Sijil Vokasional Malaysia | SVM |
Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa | UPBA |
Manakala Alamat bagi Lembaga Peperiksaan Malaysia adalah seperti berikut:
[box] LEMBAGA PEPERIKSAAN, ARAS 2 , BLOK E11, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, 62604, PUTRAJAYA, MALAYSIA. Telefon & SMS : +603-8000 8000
Faksimili : +603-8888 8001
Emel :80008000@1mocc.gov.my[/box]
apakah prosedur untuk mengambil peperiksaan spm? member sekarang umur 26 tahun, belajar sampai tingkatan tiga cuma tiga bulan.