Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan pengambilan murid tingkatan 1 & tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh (sbp) bagi ambilan 2019 secara online.
Kepada penjaga dan murid-murid yang berada di Tahun 6 khususnya yang berminat untuk masuk ke Sekolah Berasrama Penuh bolehlah merebut peluang ini.
Siapakah yang boleh membuat permohonan untuk ambilan kali ini?
Tingkatan 1 SBP | Tingkatan 4 SBP |
Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan | Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan |
Tarikh Permohonan SBP 2019
Permohonan ke Tingkatan 1 SBP
27 Ogos 2018 hingga 30 September 2018 |
Permohonan ke Tingkatan 4 SBP
01 November 2018 |
Permohonan hendaklah dibuat secaraatas talian di laman web SBP seperti di bawah:
https://sst1.moe.gov.my/ |
Cara Memohon SBP Ambilan 2019 Secara Online
Di sini telah disediakan panduan lengkap untuk mengisi borang permohonan SBP secara lengkap, anda boleh rujuk fail pdf di bawah:
Permohonan-Sekolah-Berasrama-Penuh
Bolehkah permohonan dibuat sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?
- Pemohon boleh memohon sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan
Apakah syarat pemilihan murid ke SBP | |
Tingkatan 1 | Tingkatan 4 |
Murid mestilah warganegara Malaysia. | Murid mestilah warganegara Malaysia |
Murid Sekolah Kebangsaan (SK) | Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. |
Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP | Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain). |
Murid cemerlang akademik | Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS). |
Murid aktif dalam kokurikulum | Murid aktif dalam kokurikulum. |
Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)
- Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
Calon masih perlu mengisi permohonan secara online.
- Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?
Calon yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Calon yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
Untuk masuk ke SBP anda perlu menghadiri Ujian UKSBP, iaitu satu ujian saringan yang dilaksanakan kepada semua murid yang berjaya memohon sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP Tingkatan Satu (1) sahaja. UKSBP akan dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tiada ujian ulangan akan dilaksanakan sekiranya pemohon gagal untuk menduduki ujian tersebut.
Semua murid boleh menyemak keputusan kelayakan menduduki UKSBP melalui laman sesawang www.moe.gov.my pada 05 Oktober 2018.
UKSBP akan dijalankan secara serentak di 207 pusat yang ditetapkan. Tarikh ujian adalah pada 15 hingga 18 Oktober 2018
Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui?
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewat-lewatnya 21 Disember 2018.
- Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewat-lewatnya 25 Januari 2018.
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan. No Tel Bahagian SBP: 03-8321 7400 |
Semoga info dan maklumat ini diberi perhatian dan dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain khususnya yang berhajat untuk menghantar anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
I want to school in a SBP school…..