Terdapat banyak dokumen yang dikongsikan di internet adalah dalam bentuk format PDF, Word, Excel dan juga Power Point. Kesemua format ini kita sudah selalu gunakan sebenarnya, namun tidak semua orang mahir dalam bidang IT ini, sebagai contoh bagaimana cara untuk menukarkan PDF kepada Word.

Sebenarnya terdapat beberapa proses penukaran yang selalu dilakukan oleh pengguna seperti:

  • Menukarkan Word kepada PDF
  • Menukarkan PDF kepada Word
  • Menukarkan PDF kepada JPG
  • Powerpoint kepada PDF
  • Video kepada MP3
  • Powerpoint kepada Video

Ini adalah beberapa proses yang selalu dilakukan oleh orang ramai yang ingin mendapatkan format yang berbeza, untuk edit atau untuk perkongsian di media sosial.

Di sini Pendidik2u akan kongsikan perkara yang mudah iaitu cara menukarkan Word kepada PDF dan PDF kepada Word. Ramai dah yang mahir perkara senang ini, tetapi bukan semua orang mahir seperti anda.

Cara Tukarkan Word kepada PDF

Buka dokumen micrososoft word tersebut.

Pergi ke bahagian kiri atas: ambil File – Save As

Pilih lokasi untuk fail disimpan

Rename dan Pilih Format dan save.

tukar word kepada pdf

Itu adalah cara tukarkan Word kepada PDF, ia agak mudah kerana sememangnya Microsoft Word telah menyediakan fungsi tersebut. Baiklah kita lihat bagaimana pula cara tukarkan PDF kepada Word.

Kebanyakan daripada kita menerima sesuatu dokumen di dalam format PDF, dan berhajat untuk mengubahsuai (edit) dokumen tersebut, namun tidak berjaya. Untuk mengubahnya secara terus, memerlukan Software Acrobat Reader Full Version atau boleh juga menggunakan beberapa software lain seperti Nitro PDF, PDF Escape, PDF Wondershare dan pelbagai lagi.

Cara Tukarkan PDF kepada Word

Cara yang paling mudah adalah menggunakan ‘Online Converter’ iaitu dengan memuat naik dokumen PDF tersebut ke laman web berikut:

https://www.pdftoword.com
http://pdf2doc.com/
https://smallpdf.com/pdf-to-word
http://www.pdfonline.com/pdf-to-word-converter/

Semua laman web di atas menyediakan perkhidmatan untuk menukar format PDF kepada Word. Anda boleh pilih yang mana anda suka. Namun begitu tidak semua fail pdf dapat di tukarkan kepada PDF dengan baik. Terutamanya yang tidak boleh di copy, iaitu ia dari bentuk asal jpeg.

Untuk mengatasi hal ini, anda perlu menggunakan Software Premium seperti PDF Wondershare yang mempunyai fungsi Optical Character Recognition (OCR), yang boleh ‘tranform’ mengesan bentuk font.

Menggunakan Aplikasi Android

Selain daripada itu, anda juga boleh menggunakan Smartphone anda untuk menukarkan format dokumen anda. Antara aplikasi yang mempunyai fungsi tersebut ialah:

  • Pdf to Word Converter
  • PDF Converter
  • Fast PDF to Word Convert
  • PDF to Word

Ini adalah sebahagian aplikasi yang anda boleh gunakan, ada banyak lagi sebenarnya anda boleh search sahaja di playstore nama-nama yang telah disenaraikan.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam menghasilkan sesuatu unutk kebaikan semua, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan yang memerlukan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: