Apabila kita ingin menyimpan lagu yang dalam format video saiznya agak besar bukan. Kebanyakan daripada kita akan memuat turun video dari youtube atau video dari facebook kemudian menyimpannya di dalam smartphone atau laptop, ini akan memakan ruang hard disk atau pendrive kita. Melainkan anda memang mahukan video tersebut.

Bagaimana cara untuk menukarkan youtube ke format mp3? Sebenarnya ia boleh dilakukan dengan mudah tanpa memerlukan kepakaran atau pengetahuan komputer yang tinggi.

Convert Youtube to MP3 Format

  1. Buka laman web youtube.
  2. Pilih video yang ingin ditukarkan (convert) kepada mp3.
  3. Copy link url video tersebut. Jika anda membuka melalui Apps Youtube, cara nak dapatkan urlnya adalah dengan menekan butang share. Kemudian pilih copy url.
  4. Langkah seterusnya pula, anda perlu pergi ke laman web di bawah, pilih mana-mana yang anda suka.
  • Terdapat banyak lagi laman web lain yang menyediakan servis ini, yang disenaraikan ini adalah yang mudah digunakan.
  • Selepas laman web tadi dibuka, anda bolehlah paste semula link url tadi pada ruangan yang disediakan pada laman web tersebut.
  • Kemudian tekan convert to mp3.

Proses untuk mengubah format akan mengambil beberapa minit bergantung kepada kelajuan internet anda dan panjang video tersebut.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Setelah proses tersebut selesai, anda boleh terus download file mp3 anda. Kaedah ini sebenarnya dapat mengurangkan penggunaan ruang telefon bimbit anda.

Selain ditukar ke format MP3 anda juga boleh menukarkan kepada format lain, seperti wma, aac. ogg, wav, mp4, dan 3gp.

Selain daripada mengubah format secara atas talian (online) anda juga boleh mengubahnya dengan menggunakan software free video to mp3 converter atau All Video Converter, namun software ini perlulah di instal terlebih dahulu di komputer anda.

Manakala cara lain lagi adalah dengan menggunakan Aplikasi Android, terdapat banyak aplikasi yang anda boleh gunakan sebenarnya anda hanya perlu taip video converter, mp3 video converter atau media converter.

Semoga tips ringkas yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda terutamanya yang kurang mahir dalam dunia internet dan pengkomputeran.