Jika kita bercakap berkenaan hutang, kita tidak boleh lari dengan dua akronim iaitu CCRIS dan juga CTOS. Tidak dinafikan juga, masih ramai yang tidak tahu atau tidak mengendahkan berkenaan rekod mereka di CCRIS dan CTOS. Ada juga yang mengganggap bahawa ia adalah 2 benda yang sama. Sebenarnya fungsi keduanya hampir sama, tetapi ia merujuk kepada 2 intitusi yang berbeza.

Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) merupakan suatu rekod bayaran bulanan komitmen seseorang peminjam dengan institusi perbankan. CTOS pula ialah sebuah syarikat yang membangunkan suatu sistem untuk merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam. Kedua-dua sistem ini boleh membantu untuk mengenalpasti individu yang gagal untuk membuat sebarang pinjaman daripada institusi perbankan akibat disenarai hitamkan.

Sekiranya seseorang individu ingin menyemak sama ada nama mereka tersenarai dalam sistem CTOS, mereka boleh membuka laman sesawang CTOS Sdn Bhd dan mendapatkan CTOS ID Pengguna melalui Register CTOS Online.

Cara Buat Semakan CTOS

Daftar di https://www.ctoscredit.com.my/

Anda perlu masukkan Nama Penuh, Kad Pengenalan, Emel, Nombor Telefon untuk pengesahan. Anda juga dikehendaki memuat naik Gambar Kad Pengenalan untuk proses pengesahan dari Bank Negara.

Apabila ID Pengguna telah diaktifkan, individu boleh mengakses laporan mereka pada bila-bila masa di mana sahaja melalui internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.

Laporan CTOS yang diberikan adalah percuma dan setiap individu yang mendaftar akan memperoleh suatu laporan lengkap yang mengandungi butir-butir peribadi, maklumat SSM mengenai pendaftaran syarikat dan sebagainya, butiran sejarah litigasi iaitu rekod tindakan undang-undang dan juga rujukan perdagangan (trade referees).

Untuk permohonan semakan CCRIS pula, seseorang individu boleh membuat semakan secara manual dibuat secara atas talian. Untuk permohonan secara manual, anda perlu memohon sendiri bagi mendapatkan maklumat kreditnya daripada Biro Kredit. Laporan kredit ini boleh didapati daripada Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, Ibu Pejabat atau Pejabat Wilayah atau Cawangan Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang diperlukan sewaktu membuat permohonan tersebut ialah MyKad serta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti diri seseorang pemohon seperti passport atau lesen memandu.

Permohonan laporan kredit ini juga boleh dibuat melalui surat di mana pemohon perlu melengkapkan Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR), Borang Pengisytiharan Pinjaman, salinan MyKad serta mana-mana dokumen yang menjelaskan identiti diri seperti lesen memandu dan menghantar semua dokumen berkenaan secara pos, faks atau emel kepada pihak Bank Negara Malaysia.

Bagi permohonan secara atas talian, anda perlu muat turun borang yang disediakan di https://eccris.bnm.gov.my dan kemudian isi borang berkenaan dengan lengkap serta dokumen sokongan yang diperlukan iaitu:

  1. Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  2. Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
    • Lesen memandu;
    • Bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil telefon atau bil ASTRO;
    • Penyata akaun bank;
    • Penyata kad kredit; atau
    • Penyata KWSP.

Selepas borang siap di isi dan dokumen disediakan, anda perlu scan dan emel borang dan dokumen tersebut ke bnmtelelink@bnm.gov.my. Laporan kredit anda akan diberikan ke emel anda dalam masa beberapa hari.

CTOS

Apa kepentingan laporan kredit?

Laporan kredit biasanya digunakan untuk membantu bank dalam menilai permohonan pinjaman anda. Laporan kredit akan menyenaraikan semua hutang-hutang anda termasuklah hutang kereta,hutang rumah, hutang peribadi dan lain-lain. Mendapatkan laporan kredit adalah penting untuk memastikan semua hutang kita tiada yang tertunggak dan dibayar mengikut jadualnya.

Apakah perkara yang menyebabkan anda disenaraikan di CCRIS?

Ada hutang tertunggak seperti hutang kad kredit, hutang PTPTN, hutang pinjaman bank sama ada pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman kereta atau sebagainya.

Oleh itu, elakkan dari menangguhkan pembayaran, kerana apabila ada lewat bayar 1 atau 2 bulan terus akan menyebabkan rekod pembayaran anda nampak buruk.

Guna Kad Kredit ok atau tidak?

Penggunaan Kad Kredit ada baik dan buruknya, jika seseorang yang tidak bijak dalam berbelanja dan gagal membuat pembayaran mengikut jadualnya ia akan menyebabkan seseorang terjerumus ke dalam masalah keberhutangan pula. Namun jika mereka bijak menggunakannya, ia akan menjadi sesuatu yang menguntungkan.

Semoga info dan maklumat ini dapat dikongsi bersama, jangan lupa untuk semak laporan ccris anda secara online atau juga secara manual di kaunter Bank Negara,