Setiap guru pasti tidak terlepas dari berucap di khalayak ramai bukan, sama ada di hadapan murid, di hadapan guru guru ataupun di hadapan ibu bapa dan penjaga.

Oleh yang demikian kemahiran dan keberanian untuk berucap atau berhadapan dengan audien sangat penting untuk dikuasai. Bukan semua orang dilahirkan petah berbicara, semua kemahiran ini datang dengan latihan dan praktikal yang berulang-ulang.

Baca Juga : Tips Memastikan Murid Memberi Tumpuan

Perasaan gementar itu sememangnya ada, biarpun kita sudah beratus kali berucap namun cara dan kaedah kita mengawal gementar itu yang membezakannya. Kita mungkin hairan bagaimana seseorang itu boleh bercakap lancar tanpa terputus, idea datang mencurah-curah, tidak nampak langsung gementar, sebenarnya itulah kekuatan orang yang dikurniakan ilham oleh Allah S.W.T.

Terdapat beberapa petua yang diberikan oleh pakar-pakar Pengucapan Awam bagaimana memberikan ucapan yang baik iaitu:

  1. Jangan menunjuk-nunjuk kesalahan anda walaupun anda sedarinya.
  2. Jadilah diri anda sendiri tanpa meniru bulat-bulat suara orang lain terutamanya.
  3. Gunakan laras bahasa yang baik dan pakaian yang sesuai dengan majlis.
  4. Sebut idea yang kreatif dan baru.
  5. Fikir dan berucap dalam bentuk outline atau perenggan dan jangan membaca satu-persatu ayat anda seperti murid.
  6. Sekiranya anda tersangkut dalam ucapan anda, anda tidak perlu mengulangi ayat anda kecuali ia penting.
  7. Habiskan ucapan anda sebelum penonton menghabiskannya, ia bermaksud ucapan anda hendaklah tidak terlalu membosankan, biar ringkas tetapi padat.
  8. Setiap ucapan disebut dengan yakin.
  9. Tujuan pengucapan awam bukanlah bagi memuji yang keterlaluan atau memaki hamun tetapi menyampaikan pesanan dan maklumat itu yang paling penting.
  10. Mulakan pembuka bicara yang menarik yang membuatkan orang tertarik.

Apakah Punca-punca Kegagalan Dalam Pengucapan Awam

  1. Malu. Malu sebenarnya kita tidak pernah mencuba atau jarang sekali untuk mencuba memberi ucapan.
  2. Tiada keyakinan diri. Untuk mendapatkan keyakinan diri anda perlulah banyak membuat latihan.
  3. Kurang bersemangat. Tidak memahami perkara yang hendak disampaikan.
  4. Kurang fasih berbahasa. Tiada latihan menyebut perkataan dan mengawal pergerakan lidah.
  5. Takut mengeluarkan idea. Memerlukan bacaan dan keyakinan yang tinggi.
  6. Mati akal. Kurang teknik dan jarang membiasakan diri berucap di khalayak.
  7. Mudah Panik. Tiada persediaan secara mental.
  8. Hilang pertimbangan. Tidak mengikut panduan dan disiplin pengucapan awam.
  9. Gementar. Kurang kemahiran mengawal emosi dan mengendalikan situasi.

Semoga tips dan panduan ringkas ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda ilmu untuk di amalkan dan disampaikan kepada rakan-rakan lain. Jangan lupa praktikkan apa yang ada di dalam panduan pengucapan awam yang hebat ini.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: