Pendidikan Islam merupakan Mata Pelajaran yang sangat penting untuk dipelajari murid-murid terutamanya di peringkat sekolah rendah.

Asas agama yang kuat mestilah ditanam ketika di bangku sekolah dalam lingkungan umur 6 tahun sehingga 12 tahun.

RPH Pendidikan Islam Tahun 2 ini sangat penting buat guru-guru terutamanya Guru Pendidikan Islam (GPI). Mata Pelajaran Pendidikan Islam sebenarnya dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu:

  1. Ulum Syariah: Ibadah, Akhlak, Sirah, Tilawah Al-Quran
  2. Al-Quran
  3. Pelajaran Jawi
  4. Tasmik

Untuk KSSR Semakan pembahagian waktu adalah seperti berikut:

  • Ulum Syariah: 2 Masa
  • Al-Quran: 3 Masa
  • Jawi: 1 Masa
  • Tasmik: 2 Masa

Di sini Pendidik2u ingin kongsikan RPH Pendidikan Islam Tahun 2 yang boleh digunakan para asatizah, kepada yang berminat boleh ke pautan di bawah:

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilkan oleh Kumpulan eDidik Malaysia dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Larangan Menjual

Anda boleh menggunakan eRPH ini sebaiknya, namun dilarang sama sekali untuk menjualnya kepada orang lain biarpun anda telah membuat penambahan atau perubahan.

Ia boleh digunakan secara percuma, tidak dibenarkan untuk menjualnya, kita juga perlulah menghormati rakan-rakan guru yang telah bertungkus lumus dalam menyediakan RPH ini.

Semoga dengan perkongsian RPH Pendidikan Islam ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan meningkatkan lagi kemahiran dalam penggunaan teknologi semasa selaras dengan Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH bagi tahun dan subjek lain boleh ke: Koleksi RPH

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u