Sudah lihat hari ini berapa haribulan? Tidak kurang sebulan sahaja lagi kita bakal menjengah ke tahun 2019, bermakna tidak lama lagi kita akan mengakhiri tahun 2018 dan juga bakal melangkah ke ambang 2019.

Di sini admin ingin kongsikan Kalendar 2019 pdf yang boleh juga di tukarkan ke format jpg.

Cepat betul masa berlalu, pejam-celik, pejam-celik rasanya baru sahaja mendaftar anak yang bersekolah di awal tahun 2018 yang lalu.

Kini, rata-ratanya bila dihujung tahun pasti sedang bercuti sekolah dan anak-anak akan mendaftar semula ke sesi persekolahan yang baharu tidak lama lagi iaitu Sesi Persekolahan tahun 2019.

Bila hampir habis tahun, helaian dalam naskah kalendar semakinlah berkurang, setiap bulan kita menyelak atau mengoyak helaian di kalender tersebut menunjukkan yang bulan demi bulan berjalan dan telah bertukar bulan.

Kemudian, sampai masa, kita mencari kalender yang baharu pula. Terutama sekali apabila kita ke kedai-kedai, ada sahaja hadiah kalender yang diperoleh secara percuma daripada pemilik kedai.

Ia barangkali sebagai tanda terima kasih dan tanda penghargaan kepada pelanggan yang sudi bertandang ke kedai mereka untuk membeli barangan dan juga sebagai salah satu kaedah pemasaran si pemilik kedai.

Pelbagai aneka kalender yang direka hias dengan corak dan gambar yang menarik. Ada yang meletakkan gambar pemandangan, kata-kata nasihat, waktu-waktu solat, hari-hari yang disunatkan berpuasa dan pelbagai lagi kreativiti bagi memudahkan urusan-urusan kita sepanjang meniti hari di tahun tersebut.

Selain daripada naskah kalender yang diberikan oleh peniaga-peniaga, naskah kalender secara maya juga boleh di muat turun secara percuma.

Seperti kebiasaan salah satu jenis kalender yang mudah kita dapati adalah jenis ‘kalender kuda’. Rekabentuknya yang praktikal dan ringkas serta kertas putih yang nipis dan ringan, mudah digantung dimana-mana.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Kalender kuda ini memberi maklumat tentang cuti sekolah, cuti-cuti umum juga terdapat bulan-bulan Islam di dalamnya.

Selain itu, dinyatakan juga hari-hari peristiwa contohnya Hari Hol, Hari Merdeka, Hari Lahir Agung, Hari Malaysia, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Awal Muharram, Isra’ Mikraj, Nuzul Quran, Awal Ramadan, Hari-hari Perayaan dan lain-lain lagi peristiwa.

Kepada yang ingin mendapatkan Kalendar Kuda 2019 versi Pdf boleh memuat turun di bawah:

Kalendar 2019

Tekan butang ⬇ untung muat turun kalendar di atas.

Dengan adanya kalender 2019 ini, ia memudahkan kita dalam menyediakan takwim untuk sepanjang tahun, membolehkan kita merancang aktiviti mengikut bulan dan merancang hari-hari percutian bersama orang-orang tersayang.

Moga azam tahun lalu telah direalisasikan dan azam baharu pula yang bakal menyusul.

Realisasikan azam baharu seiring dengan takwim yang dirancangkan disusuli dengan sikap takwa terhadap usaha-usaha dalam merealisasikan azam yang baharu itu. Amin, In syaa Allah.

Langkah terus kehadapan. Kalender bukan sekadar nombor tetapi angka-angka yang terus berjalan memberi seribu makna dalam kehidupan.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u