Pendidikan Islam merupakan Mata Pelajaran yang wajib diambil oleh setiap murid yang beragama Islam di peringkat Sekolah Rendah. Guru Pendidikan Islam (GPI) berperanan penting dalam memastikan murid-murid dapat menguasai khususnya perkara asas seperti:

  • Membaca Al-Quran
  • Perkara Asas Fardhu Ain
  • Menulis dan membaca Jawi
  • Sirah Nabi
  • Akhlak

Bagi merealisasikan harapan itu, Pdpc yang mantap diperlukan dalam usaha untuk mengangkat sistem pendidikan kita. Di sini di kongsikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pendidikan Islam Tahun 4 KSSR untuk kegunaan guru-guru Pendidikan Islam. Kepada yang berminat menggunakannya boleh dapatkan di pautan di bawah:

RPH Pendidikan Islam Tahun 4

Untuk Versi 1 RPH tersebut adalah dalam versi Google Sheets di dalam Google Drive. Ia telah dihasilkan oleh Kumpulan eDidik Malaysia dari kumpulan Telegram @erphMalaysia yang telah diasaskan oleh Dr. Saga.

Jika sekolah anda menggunakan eRPH dalam menulis rancangan pengajaran anda boleh mengaplikasikan kaedah ini. Rujuk panduan menggunakan eRPH di sini: Panduan Setup eRPH


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Namun jika sekolah anda masih lagi menggunakan sistem fail ‘hardcopy’, anda boleh print seperti biasa. Untuk edit atau membuat kemaskini maklumat sekolah dan kelas anda boleh ikut panduan di bawah:

  • Login Google Drive anda menggunakan emel anda.
  • Buka link Versi 1 di atas tadi.
  • Pergi ke File – Make a Copy – Save dalam Google Drive anda
  • Kini ia telah berada di Drive anda, anda boleh edit untuk memasukkan data seperti sekolah, kelas dan masa.
  • Anda juga boleh tambah Standard Pembelajaran / Objektif, aktiviti dan lain-lain yang mahu dicapai berdasarkan keperluan murid dan kelas anda.
  • Segala perbincangan berkenaan m-sims atau eRPH atau yang berkaitan dengan pengurusan data boleh ke telegram t.me/erphMalaysia

Jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menghasilkan eRPH ini, pembuat data, tapak, dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Larangan Menjual

Anda boleh menggunakan eRPH ini sebaiknya, namun dilarang sama sekali untuk menjualnya kepada orang lain biarpun anda telah membuat penambahan atau perubahan.

Bagi mereka yang masih menggunakan buku dan berminat untuk menggunakan versi eRPH boleh mencadangkan kepada pihak sekolah untuk berubah ke arah ini.

Ia selaras dengan perkembangan teknologi semasa, selaras dengan revolusi perindustrian 4.0 dalam pendidikan. Sekiranya anda ingin mendapatkan RPH bagi tahun dan subjek lain boleh ke: Koleksi RPH