Ramai orang menyangka hendak buat poster ini suatu kerja yang susah. Ramai orang yang menganggap proses membuat poster ini terlampau rumit.

Anda tak perlu risau sebenarnya. Terdapat pelbagai software di luar sana yang boleh membantu anda di dalam kerja kerja membuat poster ini. Namun begitu ramai yang tidak tahu bahawa dengan menggunakan Microsoft Powerpoint kita boleh menghasilkan poster atau banner yang tidak kurang hebatnya jika dimanfaatkan segala fungsi yang ada.

Biasanya kita menggunakan Powerpoint untuk membuat perbentangan, tetapi sebenarnya ia juga boleh membuat banner ataupun poster. Tetapi jika anda memang sudah mahir menggunakan Adobe Photoshop atau seumpamanya, kaedah ini tidak sesuai untuk anda.

Kenapa Microsoft Powerpoint pula ? Itukan software slide presentation.  Ya, Microsoft Powerpoint merupakan antara software yang boleh diguna untuk membuat poster. Jadi di sini, mari kita selami cara buat poster menggunakan Powerpoint.

  1. Buka Powerpoint dan tekan pada button Design.
  2. Selepas itu, klik pada Slide Size.
  3. Tekan pada pada Custom Slide Size.

buat banner powerpoint

Selepas itu, tekan pada Slides sized for. Terdapat pelbagai saiz kertas yang boleh dipilih. Kebiasaan saiz untuk poster adalah antara A3 Paper(297x420mm) atau A4 Paper(210x297mm).

Anda juga boleh pilih saiz yang lebih besar jika anda mahu, mengikut kesesuaian poster atau banner anda.

Apabila selesai memilih saiz, klik pada Orientation field untuk memilih sama ada landscape atau portrait (mengikut kehendak). Selepas itu klik OK, boleh pilih sama ada Maximize atau Ensure Fit.

Anda boleh pilih senarai background yang disediakan Powerpoint pada butang Design. Tetapi jika anda inginkan kelainan, anda boleh download sahaja di google gambar yang anda sukai. Tetapi pastikan gambar yang anda inginkan itu mempunyai dpi 300 (high resolution photo) bagi hasil poster yang lebih menarik.

  1. Anda boleh mula membuat poster anda!
  2. Apabila design poster anda sudah siap, terus tekan pada butang
  3. Klik pada Save As.
  4. Klik Browse untuk simpan di lokasi file.
  5. Klik Save as type.
  6. Pilih PDF.
  7. Klik Save

Kenapa kena pilih pdf? Sebenarnya anda boleh juga untuk pilih save as jpg atau png, tetapi ia akan mengurangkan resolution pada gambar yang telah anda buat.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


cara save powerpoint ke pdf

Selepas anda save sebagai pdf, anda perlu convert semula pdf tersebut ke jpg. Kaedah ini mudah sahaja iaitu dengan menggunakan Converter Online yang banyak ada di internet, seperti:

Guna laman web di atas untuk tukarkan Pdf ke Jpg, gambar yang di save melalui kaedah ini lebih tinggi resolution dia jika anda terus save dari powerpoint.

Selain daripada itu, untuk menghasilkan poster yang cantik, anda perlu memuat turun Font yang cantik yang terdapat di dalam internet untuk digunakan ketika membuat poster. Boleh rujuk di : Font Cantik

Manakala untuk mendapatkan gambar yang menarik, anda boleh cari di laman web yang ada menyediakan gambar berformat Png. Boleh rujuk: Gambar PNG

Selain dari itu anda boleh rujuk video di bawah untuk melihat kaedah menarik dalam penghasilan poster menggunakan Powerpoint.

 

Diharapkan dengan tips dan tutorial ini, dapat memudahkan lagi anda untuk membuat poster menggunakan Powerpoint. Ternyata tanpa software yang mahal, hanya menggunakan Powerpoint anda dapat menyiapkan tugas membuat poster anda dengan mudah dan berkualiti. Selamat mencuba!