Satu Webinar akan dijalankan di atas talian iaitu Bicara Profesional: Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah

Tarikh: 07/07/2020

Masa: 10.00 Pagi

Penceramah: YBRS Tuan Haji Adzman Bin Talib, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Boleh ditonton di paparan video di atas atau menerusi saluran Youtube.

Anda juga boleh mendaftarkan diri di SPLKPM untuk direkodkan mata kredit..


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sekolah akan mula dibuka secara berperingkat 15 Julai dan 22 Julai.

Sekolah hendaklah mematuhi Garis Panduan Pembukaan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Berdasarkan analisis dan perincian yang telah dilaksanakan, KPM telah mengenal pasti 3 model pengoperasian pembukaan penuh sekolah yang perlu dijadikan panduan oleh pentadbir sekolah mengikut kesesuaian dan situasi di sekolah masing-masing.

Model pertama adalah Model Satu Sesi.

Model kedua adalah Model Dua Sesi.

Model yang ketiga adalah Model Penggiliran.

Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.