Jabatan Akauntan Negara telah pun mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan bagi tahun 2023.
Di dalam Surat Pekeliling Akauntan Negara, Tarikh dan Peraturan Pembayaran Emolumen Tahun 2023 telah ditetap berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP) 105 yang berkuat kuasa selaras dengan surat Kementerian Kewangan Malaysia.
MUAT TURUN PEKELILING: https://t.me/pendidik2u/7763
Berikut merupakan Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2023 Yang Baru:
Berdasarkan jadual tarikh pembayaran gaji penjawat awam yang dikeluarkan, bulan Januari di awalkan kerana bulan tersebut adanya Sambutan Perayaan Tahun baru Cina.
Manakala pada bulan April juga diawalkan kepada 14 April 2023 kerana Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi bulan-bulan lain pula ia seperti kebiasaan iaitu 23, 24, 25 hb kecuali pada bulan Disember 19hb kerana sambutan Krismas.
Pembayaran gaji biasanya diawalkan agar kakitangan kerajaan dapat membuat persiapan awal bagi menyambut perayaan masing-masing dengan lebih lancar.
Walau bagaimanapun, perancangan kewangan yang baik mestilah diamalkan agar kita tidak terlebih berbelanja sehingga terpaksa meminjam di hujung bulan bahkan boleh menyebabkan bayaran tertunggak. Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada rekod pembayaran kita di CCRIS/ CTOS.
Pertanyaan lanjut mengenai Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM), boleh
dirujuk kepada pihak berikut:
Pengarah
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Aras 4, Kompleks Kementerian Kewangan
No.1, Persiaran Perdana
62594, Presint 2
Putrajaya
u.p. : Unit Pengurusan Prestasi
emel : unit_prestasi@anm.gov.my
No. Tel. : 03 – 8882 1624/1612/1622/1611
FUNGSI JANM
- Menyediakan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan mengikut kehendak perundangan dan piawaian perakaunan yang diterima umum.
- Memberi khidmat nasihat dan perundingan perakaunan kepada agensi Kerajaan.
- Memastikan pematuhan dan penguatkuasaan tatacara pengurusan kewangan dan perakaunan seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang berkaitan.
- Mewujudkan sistem maklumat perakaunan kewangan dan perakaunan Pengurusan.
- Mewujudkan/menguruskan sistem pengurusan wang tunai kerajaan.
- Mentadbir perkhidmatan perakaunan kerajaan.
- Membangunkan modal insan melalui program latihan pengurusan perakaunan dan perakaunan kewangan.
- Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965.
Semoga dengan info dan maklumat ini dapat memudahkan anda dalam merancang perbelanjaan bulanan serta membantu anda mengurus kewangan dengan lebih baik.