Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sebentar tadi telah mengumumkan Barisan Kabinet yang akan bersama menerajui pentadbiran beliau.

Fokus kita bagi mereka yang berada di dunia pendidikan sudah pastilah ingin mengetahui siapakah yang akan mengepalai Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Dr. Radzi Jidin dilantik menjadi Menteri Pendidikan. Ia seperti dijangka, di mana Menteri Pendidikan masih dikekalkan sama seperti pentadbiran sebelum ini.

Semoga dengan pelantikan ini dapat memberi semangat buat rakyat Malaysia bagi meneruskan perancangan beliau dalam menerajui KPM.

Kita percaya, setiap usaha yang dilakukan adalah untuk kebaikan dan harus didokong bersama.

Beberapa isu lain juga harus diberi tumpuan seperti, eGtukar, PdPr, Bebanan Tugas dan sebagainya.

Tahniah diucapkan kepada Menteri Pendidikan.