Program penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong telah mula diperkenalkan pada tahun 2006 khusus kepada calon yang mempunyai prestasi tinggi dalam akademik dan bukan akademik (ko-kurikulum) untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Kedoktoran (Ph.D) dan Sarjana di dalam atau di luar negara.

Sebanyak 12 slot penawaran biasiswa ditawarkan, terdiri daripada enam (6) di peringkat Ph.D dan enam (6) di peringkat Sarjana dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

BYDPA


Biasiswa ini adalah untuk mengiktiraf kebolehan luar biasa seseorang calon dengan memberi peluang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, program ini merupakan satu bentuk pelaburan Pembangunan Modal Insan yang menyumbang kepada pembangunan masa depan negara.

Keutamaan diberikan kepada calon yang mendapat keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu CGPA sekurang-kurangnya 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya di peringkat Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana serta bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif.

Keutamaan juga diberikan kepada calon yang mempunyai keupayaan yang luar biasa seperti penguasaan pelbagai bahasa serta kebolehan yang istimewa.

Calon juga hendaklah telah mendapat tawaran/ memulakan pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia yang dipersetujui oleh JPA bagi sesi pengajian 2019/ 2020.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Calon-calon yang layak dan berjaya disenarai pendek akan melalui proses pemilihan termasuk temuduga.

Syarat-syarat kelayakan secara khusus adalah seperti berikut:

i. Warganegara Malaysia;

ii. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian;

iii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau setaraf dengannya;

iv. Calon yang aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif diberikan keutamaan;

v. Calon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa diberikan keutamaan; dan

vi. Telah mendapat tawaran/ memulakan pengajian di universiti penyelidikan tempatan atau di universiti terkemuka di dunia yang disenaraikan JPA bagi sesi 2019/2020.

Penerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong terikat untuk berkhidmat di Malaysia untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun.

Oleh itu, penerima biasiswa yang telah menamatkan pengajian di luar negara diwajibkan pulang ke tanahair selepas tamat tempoh tajaan.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2019/2020 secara dalam talian (online) melalui portal:

http://esilav2.jpa.gov.my

mulai jam 5.00 petang, 15 Februari 2019 sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan iaitu pada 15 Mac 2019.

Borang permohonan yang lengkap perlu diserahkan melalui tangan atau pos ke:

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 3, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA (u.p: Unit Pengurusan Penawaran Dalam Perkhidmatan)

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03-8885 3546/ 3053/ 3438 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada ldp@jpa.gov.my.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u