Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi telah membuat pengumuman bahawa permohonan UPUONLINE bagi kemasukan 2019 akan dibuka pada ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Februari 2019 – 2 April 2019
Hari: Isnin
Masa: 12.00 Tengah Hari

KATEGORI PEMOHON

Lepasan STPM/ Setaraf
(Ijazah Sarjana Muda di UA)

  • STPM 2018
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UITM 2018/2019
  • STAM 2017 & 2018
  • Diploma / Setaraf
  • Diploma UA, Politeknik, DKM, DLKM, DVM, Diploma IPTS, Diploma Luar Negara, Kelayakan Setaraf seperti A-Level, IB, AUSMAT, SAM, CPU, STPM, Matrikulasi, STAM

Lepasan SPM
(Asasi, Diploma & Sijil Di UA, Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA)

  • SPM 2018
  • SPM 2017
  • SPM 2016

Cara Memohon UPU

Buat Pembelian No Unik ID BSN

Pembelian no pin ini dibuka bermula 25 Februari 2019 dan ditutup pada 1 April 2019

Harga bagi Unik ID adalah: RM15.60

Permbelian boleh dibuat di:

  • Kaunter BSN
  • Mesin ATM BSN – Jika ada Akaun BSN
  • MyBSN (Online Banking)

Pembelian unik id ini mestilah berdasarkan Nama dan No Kad Pengenalan Pemohon.

BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Unik ID.

Laman WEB Permohonan UPUONLINE

Semua permohonan hendaklah melalui Laman Web Rasmi:

( https://upu.moe.gov.my )

Semua permohanan yang telah ditawarkan oleh UA, Politeknik dan KOlej Komuniti telah mendapat akreditasi MQA.

Panduan Membuat Permohonan UPU

  1. Beli No Unik ID BSN.
  2. Pastikan kategori anda (SPM/ STPM/ Matrikulasi/ Diploma)
  3. Buka Portal Rasmi UPU.
  4. Semak syarat epanduan dengan teliti.
  5. Isi permohonan online
  6. Pastikan anda mengisi maklumat yang bertanda Star dengan lengkap.
  7. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan
  8. Isi sampai habis.
  9. Klik Sah dan Hantar
  10. Cetak Slip Permohonan.
  11. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  12. Semkan dan kemaskini adalah tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan.

MAKLUMAN: Kepada calon lepas SPM yang mendapat tawaran Matrikulasi, Tingkatan 6, Matrikulasi dan IPGM ia tidak menjejaskan Permohonan UPU Online anda ke UA / Politeknik Premier.

Hanya calon yang mendapat tawaran Matrikulasi permohonan anda tidak dipertimbangkan ke pengajian di Politeknik Konvensional, Metro, Kolej Komuniti dan ILKA.

Berikut adalah tarikh-tarikh penting sesi akademik 2019/2020

25 February Jualan Unik ID Dibuka
  25 February Permohonan UPUOnline Dibuka
  01 April Jualan Unik ID Ditutup
  02 April Permohonan UPUOnline Ditutup
  17 ~ 20 Apr Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
  21 ~ 29 Apr Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
  10 ~ 14 May Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
  15 ~ 19 May Ujian MEdSI Dijalankan
  15 May ~ 28 Jun Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)

Soalan: Adakah saya akan ditawarkan dengan program pengajian yang tidak dipilih dalam UPUOnline?


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Jika anda merupakan pemohon Lepasan SPM/Setaraf, anda boleh ditawarkan dengan program di luar pilihan jika telah bersetuju pada ruangan penyataan khas untuk menerima tawaran luar pilihan (program pengajian).

Manakala jika anda merupakan pemohon Lepasan STPM/Setaraf, anda hanya akan ditawarkan pilihan program yang ada dalam pilihan sahaja. Jika anda tidak berjaya pada ambilan pertama, anda perlu memohon rayuan pilihan program pengajian yang anda layak dan ada kekosongan tempat sahaja.

Anda akan ditawarkan dengan pilihan program rayuan fasa 1 dan akan mendaftar bersamasama calon ambilan pertama. Jika anda masih tidak berjaya, anda akan dipertimbangkan untuk rayuan fasa 2 jika ada kekosongan tempat.

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Program Pengajian UA dan Politeknik Premier
Program pengajian yang terbuka kepada pemohon berketurunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli Semenanjung sahaja:

  • Semua program pengajian di UiTM;
  • Asasi UIAM;
  • Asasi Sains UM;
  • Asasi UNIMAS;
  • Asasi UMS; dan
  • Asasi UniSZA

Program pengajian yang terbuka kepada semua pemohon yang berkelayakan:

  • Asasi Pengajian Islam UM;
  • Asasi dan Diploma UPM dan UPNM;
  • Tahmidi USIM;
  • Asasi UKM, UUM; dan

Diploma UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier

Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. 
Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

Kelayakan

i. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Pemohon mestilah Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; 

DAN

ii. SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM)

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau

iii. SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)

Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; atau

iv. MATRIKULASI / ASASI 

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; 

DAN

v. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysia University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku (5 tahun) iaitu mulai 01 Januari 2012.

Maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hubungi BPKP JPT di
alamat dan talian seperti berikut:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. Putrajaya
(03) 8870 6767, (03) 8870 8200

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u