YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Rabu, 20 Mei 2020.

Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif Covid-19.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


YAB Perdana Mentri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan
dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bemula hari ini.

Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Pejabat Perdana Menteri
22 Mei 2020