Pejabat Perdana Menteri PMO Malaysia berada di Blok Utama dan mempunyai keunikan tersendiri dengan adanya rekabentuk kubah diatas yang mengambarkan Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah.

West Wing mengandungi pejabat-pejabat Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dan juga Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri. Disamping itu juga ia terdiri daripada Pejabat Lembaga Penasihat dan MIGHT.

East Wing diduduki oleh pejabat Ketua Setiausaha Negara, Bahagian Kabinet dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan.

Dataran Perdana adalah di mana Perdana Menteri menyambut Ketua-Ketua Negara atau Ketua-Ketua Kerajaan dari pelbagai negara. Semasa majlis sambutan, pancaragam negara akan terlibat dan diikuti oleh pemeriksaan kawad hormat.

Laman Perdana adalah dimana tetamu diperkenal kepada menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai tinggi luar negeri, kerajaan dan awam.

Mesyuarat dan perbincangan yang kebiasaanya di adakan di dalam Bilik Perdana Menteri atau Bilik Mesyuarat Perdana. Bilik Mesyuarat Perdana mampu memuatkan 70 orang dan boleh digunakan untuk mesyuarat melibatkan dua pihak (bilateral meetings) atau melibatkan kehadiran yang ramai. Manakala Bilik Mesyuarat Kabinet digunakan untuk mesyuarat mingguan kabinet.

Kedudukan tempat

Aras 1 – Pentadbiran Am dan Kewangan
Aras 2 – Bahagian Teknologi Maklumat
Aras 3 – Bilik-bilik Mesyuarat
Aras 4 – Bahagian Tugas Khas dan Bahagian Akhbar
Aras 5 – Pejabat Perdana Menteri dan Ketua Setiausaha Sulit.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


VISI

Peneraju kepimpinan kerajaan Malaysia yang inovatif, cemerlang dan berintegriti bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara.

MISI

Untuk memastikan persekitaran yang kondusif bagi Y.A.B. Perdana Menteri menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.

Fungsi Pejabat Perdana Menteri ialah :

  • Menjalankan “Staff Functions” Dan Tugas-Tugas Mengenai Bidang-Bidang Tertentu Yang Diarahkan Oleh YAB Perdana Menteri
  • Menguruskan Rancangan Kerja Dan Pengurusan Pejabat
  • Menyedia Dan Menyelaras Penyediaan Ucapan, Kata-Kata Aluan Dan Lain-Lain Bentuk Penyataan Oleh YAB Perdana Menteri
  • Menjamin Liputan Media Massa Yang Sesuai Untuk Aktiviti-Aktiviti YAB Perdana Menteri

Piagam Pelanggan Pejabat Perdana Menteri ialah :

  • Menentukan Y.A.B Perdana Menteri Diberi Perkhidmatan Yang Cekap Dan Berkesan
  • Memberi Layanan Mesra, Perkhidmatan Yang Cekap Dan Jawapan Yang Segera Kepada Setiap Pelanggan Yang Berurusan Dengan Pejabat Perdana Menteri

Maklumat Perhubungan

Pejabat Perdana Menteri Malaysia
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502, Putrajaya
MALAYSIA

Tel : 603-8888 8000
Fax : 603-8888 3444