Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman atas empat pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, November tahun lalu.
Bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual dengan mangsa yang berusia 14 tahun melalui aplikasi WhatsApp pada 8 November, jam 6.39 petang
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa dibawah Seksyen 11(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 yang memperuntukan penjara maksimum tiga tahun.