Home info Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan

Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan

19
414

Kerana ketegasan seorang guru mengajar dan mendidik anak muridnya, beliau kini bakal dihadapkan ke Mahkamah pada 19 Disember 2017 Selasa ini.

Beliau yang dikenali sebagai Cikgu Azizan merupakan guru yang tegas dalam disiplin murid-murid, kes yang berat dan berulang seperti menghidu gam, membuli, bergaduh dan banyak lagi.

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Kes ini juga mendapat sokongan daripada YDP Sekolah berkenaan, dengan turut merasa bimbang dengan sikap ibu bapa yang mengambil langkah membesarkan kes hingga ke mahkamah sedangkan kesalahan datang dari anak sendiri.

Sebab dihadapkan kes mahkamah

Guru disaman

Berdasarkan kenyataan NUTP, pihaknya akan menyediakan peguam bagi membela beliau. Pihak NUTP memohon semua guru memberi sokongan moral dengan hadir ke mahkamah pada hari dan ketetapan berikut:

  • Tempat: Mahkamah Majistret Seremban 2A, Negeri Sembilan.
  • Tarikh: 19 Disember 2017 (Selasa)
  • Masa: 8.30 pagi

Kes cikgu azizan

Kes Cikgu Azizan bukanlah kes pertama dalam dunia pendidikan dimana guru disaman oleh penjaga. Sebelum ini juga terdapat beberapa kes ibu bapa menyaman guru atas pelbagai sebab. Ada juga yang dimemihak kepada guru dan ada juga yang tidak memihak kepada guru.

Kami warga guru mendoakan agar Cikgu Azizan tabah menghadapi ujian ini, dan semoga kemenangan memihak kepada beliau.

Inilah cabaran guru masa kini, apa lagi yang guru mampu buat? Hukuman apa yang guru boleh kenakan ke atas murid? Adakah kita hanya mampu sekadar mencatat kesalahan murid di dalam SSDM sahaja..

Buat ibu bapa, usahlah selalu menangkan anak, seperti mana anda mahukan anak menjadi insan yang baik, begitu jugalah cikgu yang mahu melihat anak muridnya menjadi murid yang baik dari segi akhlaknya.

Kepada guru-guru diharap memberi sokongan kepada beliau walau di mana sekalipun, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, anda boleh nyatakan sokongan anda dengan mengundi dan share di media sosial atau group Whatsapp masing-masing.

Coming Soon
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Saya menyokong Cikgu Azizan:

414 COMMENTS

    • Kita perlukan lebih guru yg seperti ini.. Saya respect guru seperti ini sanggup mengambil berat perihal Anak2 murid yg bermasalah

      • Dipanggil saya cikgu 360darjah. Waktu public caning,sekali libas pasti berpusing 360darjah.Sebagai guru disiplin amat berat bebannye(OMG). Dari rakan sepejuangan, SYABAS Cikgu Azizan.

    • Cikgu Azizan wajar diberikan anugerah khas kerana komitmen beliau. Saya juga mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malausia atau NUTP dapat mewujudkan Anugerah Khas Cikgu Azizan untuk diberikan kepada guru-guru lain yang hebat selepas beliau berpencen kelak.

  1. In shaa allah semoga dipermudahkan segala urusan cikgu dan diharapkan akan sentiasa menegakkan keadilan dan kebenaran.

  2. Siapalah mangkuk yg berkecuali…insya-Allah kemenangan berpihak kpd Cikgu Azizan…mudah2an membuka mata penjaga yg lain. Kem Pendidikan pun…bukalah mata…belalah nasib guru…mak bapak sekrg asyik menyalahkan guru sdgkan sendiri yg gagal mendidik anak.

  3. Sebagai seorang guru anda perlu sedar bahawa anda dibayar gaji untuk mengajar sahaja.sama ada murid itu jadi pandai atau bodoh bukan masalah anda sebagai guru.jadi lakukan tugas mengajar sahaja,tak perlu overtake tugas ibu bapa.jika murid itu bodoh atau jadi tak berguna, jangan risau kerana anda bukan ibu bapa murid tersebut ibarat kata pepatah kerana murid seorang rosak guru sebelanga.

    • Allah memberi pahala yg banyak kpd guru. Kena menggunakan hemah dlm mendidik . Serupa dgn tugas berdakwah, ada yg mau beriman, ada yg kafir. Guru membentuk murid utk amal makruf. Manakala nahi mungkar zaman sekarang kita serahkan pd polis bila murid melakukan kesalahan undang2. Sekarang ramai ibubapa tak suka guru manhandling dan pukul anak mereka? Antara sebab ramai jadi jahat kerana ibubapa tak tahu didik anak dan marah bila guna nak didik anak mereka. Sabarlah guru2 semua. Murid jahat hantar sekolah budak jahat. Jangan biar duduk disekolah sebab akan pengaruh murid baik dan membuli murid baik. Kes budak2 bakar hidup2 tahfiz di kl adalah contoh kalau ramai budak jahat dan ibubapa tak didik mereka. Guru tak salah.

    • Dibayar gaji untuk mengajar sahaja? Maksud awak? Habis tu…apa peranan cikgu disiplin or badan disiplin yg ada kat sekolah? Kalau ada pelajar yang isap gam disekolah dan turut mempengaruhi yang lain serta membuli pelajar yang lain dan ponteng sekolah, apa yang cikgu perlu buat? Cikgu tak perlu overtake tugas parents sebab tu bukan anak2 cikgu..boleh jelaskan tak? Adakqh awak parents kepada busak yang isap gam yang menyaman guru terbabit atau anda ahki keluarga kepada pelajar yang bermasalah tersebut..? Jika begitu, pd pndapat saya la parents juga tak perlu overtake tugas guru kerana tugas parents adalah mendidik mengajar anak dan amanah yang diberikan Allah supaya jadi manusia berguna dan bijak pandai dalam menentukan yang mana betul yang mana salah..

    • Sekiranya kesalahan berlaku di dlm kwsn sek, kita perlu menegur…ini namanya proses mendidik bkn hanya setakat mengajar apa yg terdapat dlm sukatan pelajaran. #prayforcikguazizan#….muga kemenangan dipihak yg beramal makruf nahi mungkar

  4. Semoga Cikgu Azizan tabah dan sabar diatas ujian ini.Doa orang yg terinaya akan sentiasa dimakbulkan Allah.Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk yang terbaik kepada si pelaku..Pray for Cg Azizan.

  5. Pernah seorang murid meletakkan serpihan kaca d atas kerusi guru. Kereta guru kena calar jangan ceritalah. Nasib guru zaman sekarang berdepan dgn murid yg over d manjakn mak bapak.

  6. Kami sentiasa mendoakan cikgu. Semoga tabah. Kemenangan atau kekalahan tidak penting, yg penting keadilan itu ditegakkan.

  7. Sy puji sikap keperihatinan cikgu Azizan terhadap mslh pljr2, guru mendidik bkn hanya mengajar, namun kesabaran kita kdg2 di luar kawalan wlpn niatnya baik, semoga mslh cikgu dpt diselesaikn dgn baik, jgn patah semangat utk terus mendidik.

  8. SAYA SOKONG CIKGU AZIZAN. Tidak selayaknya seorang guru yg cuba mendisiplinkan murid dilayan sebegini. Ibu bapa yg tak betul didik anak, Cikgu Azizan jadi mangsa. Jom sama2 kita doakan Cikgu Azizan dipermudahkan urusannya dan dibebaskan segera, dan semoga ini menjadi TIKET beliau ke Syurga.

  9. Saya bersimpati dgn kes ini.
    Saya menyokong sepenuhnya KKPK dlm membantu masalah demi tugas seorang guru.

    Semoga Cikgu Azizan berada dlm situasi yg tenteram dan dirahmati ALLAH dlm menjalankan tugas.

    Guru sebagai pengganti ibubapa, dan jika ibubapa bertindak sebaliknya, serahkan saja kepada ALLAH.

    Apabila niat guru disalah ertikan oleh segelintir ibubapa, kita warga guru tetap fokus.

    Bersabarlah dlm menempuh cubaan/ujian darinya.

  10. Kasihan Guru tersebut.kenapa dunia hari ini begitu?.Hilang wibawa Guru – Guru dan takut untuk mendidik gara – gara hal ini.Minta yg mendakwa tu ajar sendiri anaklah kalau macam tu.

  11. Saya dulu (masa sekolah) kena public canning, rotan, jemur si pdg, berdiri atas kerusi dll. Relaks aje. Alhamdulillah… Kini jadi orang. Terima kasih cikgu.

    Emak bapak jgn melatah bila berlaku kes2 begini. Selidik dan bincang dulu dgn pihak sekolah demi masa depan generasi masa hadapan.

  12. Inilah Akhir zaman ibubapa melahirkan tuan..
    Semoga Allah memberikan kekuatan kpd cgu Azizan..
    Pas ni guru² brfikir 3,4 kli nak denda budak..

  13. Insha Allah..Allah bersama dengan orang yang benar dan tidak akan menganiayai hambanya yang menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Saya sokong Cikgu Azizan

  14. jawapan rakan yg juga seorang guru
    ‘sebab tu aku dah tak buat lama dah benda2 cam ni…. senyap ja… mampuih pi hangpa la… anak hangpa! jadi ambik jalan mudah… ko nak hidu gam ke… hidu taik ke… lantak kome je le. yg penting 25hb pi ngadu kat dinding?
    ambik gaji?’

    pada ibubapa jgn sampai guru dah tak ambik peduli hal anak anak anda disekolah

  15. Kalau ibu bapa pelajar masih ada rasa menghargai keprihatianan guru, pasti wujud rasa bersalah dalam hati mereka apabila menjahati guru. Fikirlah kesan terhadap anak berkenaan, jangan ibu bapa melulu ambil tindakan undang2 terhadap guru prihatin. Akhirnya, ibu bapa akan dapat lihat dan nikmati hasil apa yang mereka lakukan nanti.

  16. Semoga Allah s.w.t berikan kekuatan, kesabaran dan kejayaan kpd cgu azizan dlm menghadapi masa masa kesukaran ini.. diharap cgu azizan berada di pihak yg benar.. amin..??

  17. Moga Allah menangkan pihak yang benar dan menjadi pengajaran dimasa akan datang.
    Ya Allah , lindungalah kami para pendidik dlm mendidik anak2 bangsa ini

  18. Insha Allah, doa kami sebagai ibu bapa yg mahukan anak-anak menjadi insan berakhlak mulia berharap cikgu azizan beroleh kemenangan di mahkamah itu nanti. Aamiin.

  19. Allah Maha Mengetahui apa yg brlaku…semoga pertolongan dan bantuan dr Allah akn tiba pd waktunya. Tugas ckgu bkn trbatas utk mngajar murid mengeja, membaca n mngira teks dan angka didalam buku tapi mndidik murid mnjadi manusia brguna dr segi ilmuan, akhlak dan peradaban manusia. Stiap kejadian ada hikmahnya utk smua org. Smoga Allah prmudahkn sgala urusan Cikgu Azizan dan juga smua cikgu didunia ini….amiiinn

  20. Syabas Cikgu Azizan, semoga anda tabah dan bersabar dengan dugaan ini. In Shaa Allah kebenaran akan terserlah. Allah sentiasa bersama dengan anda.

  21. Jika cikgu ini menghukum kena pada tempatnya insyallah Allah akan melindunginya.. kita sebagai ibubapa kadangkala tidak boleh mempercayai anak-anak 100% kerana anak2 generasi kini lebih bijak dan byk akalnya… kita sendiri kena buat penyelidikkan sendiri.. semoga Allah mengiringi kejayaan cikgu azizan..

  22. Saya menyokong Cikgu Azizan. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada beliau dan keluarga serta memudahkan segala urusan.

  23. bodoh betul pada yg bawak kes ke mahkamah betul dh tindakan cikgu tersebut..nk jadi anak yg bodoh jugak ke…bodoh betul..sy sokong guru dlm mendidik anak2 kita..bodoh bapak bodoh la anak..zaman sekarang byk dh hancur

    buat Malu je ibu bapa yg buat tindakan smpai ke kes mahkamah nih..guru amat penting dlm mendidik anak2 demi masa depan yg cerah.

  24. Rotan tempat tertentu … Cikgu2 teruskan untuk kebaikan. Laki bini yang tak benarkan anak dicuit … Sila keluarkan surat kepada Guru Besar sekolah. Jika mereka2 ni langgar disiplin.. Amaran kedua … Dibuang sekolah.

  25. Kepada individu yg menyaman cikgu azizan..sye mendoakn semoga Allah swt memberi taufik & hidayah keatasnya…semoga dia sedar dr kesilapan..kesombongan & keegoannya…
    Semoga dia kembali ke fitrah asalnya.. aamiin

  26. Assalam semua..saya menyokong penuh terhadap guru berkenaan atas tindakan untuk mendisplinkan anak2 kita semua..guru pun adalah umpama ibubapa yg menjaga anak2 sewaktu kita bekerja…tanpa guru yg mendisplin kan mungkin menambah buruk sikap anak2..sepatutnya guru2 macam ni patut lbh byk ada kerana suatu hari nnt kita akan sedar apakah guru ini lakukan utk anak2 masa depan..sangat byk manfaat ye..zaman anak2 sekarang dgn waktu kita dulu sgt2 berbeza..cabaran membesar dan mendidik sgt sukar buat zaman skrg..hanya saya mendoakan guru tersebut diberi keadilan dgn sewajarnya..

  27. Tugas seorang guru bkn sekadar dlm bilik darjah. TETAPI mengajar erti kehidupan dan mendidik menjadu insan yg berguna. KAMI tetap bersama cg Azizan

  28. Tabah dan bersabar cikgu. Allah maha mengetahui undang2 sekarang, tiada yg dpt membela dan melindungi guru bila berhadapan dgn murid. Murid tidak boleh disentuh atau dijentik langsung walaupun tujuan utk mendidik.

  29. Pelik zaman skrg ni…cikgu buat kebaikan untuk anak2 generasi akan datang pun kene dipersalahkan..
    Zaman 1990 saya…kalau kene rontan kat sekolah blik umah kene lg berganda2..

    Biar anak kite menangis sekarang jangan kite yang menangis dimasa akan datang..

    Nasi dah jadi bubur dah tak berguna mengsel…

  30. ada juga yg bersikap berkecuali? ada yg kata elok makan gaji buta saja? ada yg kata tugas guru hanya mendidik di kelas saja? org yg mcm tu tak berapa faham falsafah pendidikan negara, pi balik baca buku dulu pi…

  31. Moga Allah memberi kemenangan dan meninggikan maruah institusi perguruan. Moga Allah memberi hidayah kepada pelajar dan ibu bapa nya yang tiada adab dan menginsafi kesilapan mereka. Moga anak itu menjadi pelajar yang berguna pada negara kelak.

  32. Semoga cikgu Azizan terlepas dr hukuman dan sebarang tuduhan…kuatkan semangat n tabah…kita guru memegang amanah yg akan disoal nanti di akhirat.

  33. Semoga tiada lagi kes golongan guru yang memukul dan membuli para pelajar. Pukul memukul wajar dihentikan. Patutnya beri nasihat serta kaunseling dan bukan membuli pelajar dengan kuasa yang ada. Memalukan institusi pendidikan Malaysia dan agama Islam sahaja.

  34. Semoga usaha Cikgu Azizan diberi Barokah, isu beliau ini memperolehi kejayaan demi menjaga, mendidik dan memandaikan anak bangsa.

    – Kapt Jai –
    X YDP PiBG SK Sg Way

  35. Apa sangatlah setakat tamparan tu…saya dulu keluarga akan tambah lagi dendaan di rumah bila guru denda di sekolah atas sesuatu kesalahan…

    Ibubapa sekarang anak x boleh dicuit sikit pun…patutlah dah besar abak jadi penyangak…sepatutnya bersyukur ada cikgu yang tegas…
    ..

  36. Salam muhibah utk semua… Moga dipermudahkan urusan cikgu azizan… Bertabah dan cekalkan hati wahai sahabat pendidikku… Doa kami warga pendidik sentiasa mengiringi cikgu… Allahuakhbar..! Allahuakhbar..! Allahuarkhbar..!

  37. Patut dibiarkan jea murid tue isap gam…kalau blh diberi bantu isap ganja sekali hence cepat2 budak tue biol… biaq dah besar mak bapak dia menyesal x sudeh…

  38. Teruskan perjuangan menentang kezaliman diakhir zaman ini. Kehidupan akhirat yg abadi, dunia ini tempat penzalim. Allah yang Maha Adil akan tunjukkn kebenaran, kalu tidak di dunia, yakinlah akhirat tempat terbaik.

  39. Sesiapa jua yang berpendapat dan berpendirian bahawa haknya dicabuli, boleh membawa aduannya ke mahkamah untuk diadili. Begitu juga dengan kes Cikgu Azizan ini. Beliau wajar dihadapkan ke mahkamah untuk ditimbangtara samada pencabulan hak pelajarnya telah berlaku atau sebaliknya. Biar pertarungan sengit di mahkamah menentukan kedudukan Cikgu Azizan. Berani buat, berani tanggung

  40. Ramai guru skrng mghadapi cabaran dlm mdidik anak2 moden….bila guru btegas maka jd nya mcm ni…tp jika tdk btegas apa jd dgn anak2 bangsa kita pd masa akn dtg?guru yg btegas mcm ni ada la guru2 yg syg akn murid nya…tiada guru yg mau anak2 muridnya tdk bjaya…malah kjayaan anak.murid adalah kebanggan guru..guru mahu nmpk hasil yg mbanggakn pd kedua org tua murid tersebut…dulu zaman sy…klu ibu bapa dpt repot dr guru mengenai salah laku sy…memang bersediala tuk d rotan…tu sbb anak2 zaman dulu moral nya sgt2 tinggi….

  41. Moga Allah permudahkan segala urusan cg Azizan dan beroleh kejayaan hendakNya….bertabahlah wahai cg…in shaa Allah berjaya hendakNya….aamiin

  42. Semoga nasib cikgu Azizan terbela….begitu juga dgn cikgu2 yg lain. Begitulah akhirnya balasan kpd guru yg kesah kpd muridnya….ada hikmah disebaliknya yg manusia tidak nmpk….

  43. Ya Allah… Engkau permudahkanlah segala urusan dan kesulitan serta ujian yg Engkau berikan kepada cikgu Azizan. Tunjukkanlah kebenaran ya Allah… semoga semua segala khilaf terpapar di mata setiap ibu bapa yg segelintirnya berpandangan serong pada t/jawab seorang guru. Apa yg berlaku ini merupakan satu ujian buat kami warga pendidik… Bantulah kami dan perkenankanlah doa kami Ya Allah…. Aamiin ya Rabb…

  44. Semoga Allah permudahkan urusan cikgu Azizan. Saya sokong sepenuhnya cikgu Azizan. Tidak ramai yg sanggup bertindak spt cikgu Azizan.Kebanyakan ahli masyarakat mengambil sikap melihat sahaja walaupun terang-terang berlaku kejadian yg negatif di depan mata. Sepatutnya kes ini tidak dibenarkan dibawa ke mahkamah. Di mana tanggungjawab semua pihak utk menangani kes spt ini. Mungkin selepas ini KPM perlu keluarkan garis panduan baru kpd semua guru. Guru hanya perlu mengajar bukan mendidik. Di akhir zaman ini, menegakkan kebenaran sesuai dgn amanah tanggungjawab seorang guru sudah dimanupulasikan oleh golongan manusia durjana. Semoga Allah memberi hidayah kpd kita semua terutamanya waris pelajar berkenaan dan juga peguamnya. Implikasi keputusan mahkamah akan meninggalkan kesan yg mendalam kpd profesion keguruan walau apa pun keputusannya.

  45. Sepatutnya ibu bapa budak tersebut yang perlu bekerjasama dengan cikgu supaya anaknya tidak menjadi lebih teruk. Ini tidak masih menyebelahi anaknya. Dulu kalau di sekolah, kalau kita kena hukum dengan cikgu mesti ada sebab dan kita takut ibu bapa tahu. Kalau ibu bapa tahu akan ditambah hukuman lagi. X kasi can..

  46. Semoga Cikgu Azizan tabah dan sabar diatas ujian ini.Doa orang yg terinaya akan sentiasa dimakbulkan Allah.Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk yang terbaik kepada si pelaku..Pray for Cg Azizan.

  47. Rabbi Tassie walatuassir
    Rabbi tammin bill khoir

    Ya Allah ya Rahman ya Rahim…kau permudahkan urusan sahabat Kami cgu azizan nti Di mahkamah. Moga2 kmenangan ini menjadi titik kpd sistem n perundangan the lbih Adil kpd smua insan guru. Amin3…ya rabbal alamin.

  48. kalau rasa duit tu byk hantar anak kesekolah swasta jgn hantar sekolah gomen.
    Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan guru ini. YA ALLAH YA TUHANKU lindungilah guru ini dari sebarang musibah dunia dan akhirat

  49. Sama-sama kita doakan kes ini dpt penyelesaian yg terbaik. Semoga para guru tidak patah semangat dlm menjalankan tugas kerana Allah…

  50. يَسِّرْلَهُ يا رحمان يَسِّرْلَهُ يا رحيم يَسِّرْلَهُ يا ارحم الراحمين

  51. Informasi yg dimaklumkan di sini agak terhad. Guru disaman kerana mendenda murid yg tlh mlakukan kesalahan berat berulang kali. Walaubagaimanapun tidak dinyatakan bentuk denda yg tlh dilaksana oleh guru tersebut. Kita perlu ingat… niat tidak mghalalkn cara. Didikan zaman dahulu tidak boleh disamakan dgn zaman sekarang kerana keadaan dan cabaran sekarang sudah bbeza. Kita juga perlu ingat… guru ada limit of authority.. begitu juga polis.. begitu juga pegawai imigresen. Semua org ade bidang kuasa yg terhad dan tertentu. Andai denda yg tlh guru tersebut laksanakan tidak mnyalahi undang2… in sya Allah dia dilindungi. Wallahu alam.

  52. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah…

    Kami geng Ipoh Perak semua sokong Cikgu Azizan hero cikgu2 seluruh Malaya….

    Bersemangatlah yer…

  53. ya Allah rahmatilah guru2 yang berusaha untuk mendidik anak bangsa mendapat menjadi insan yang berguna٫ berilah pertolongan kepada mereka ketika diuji

  54. Semoga cikgu AZIZAN tabah hadapi ujian dari ALLAH..saya sebagai rakyat MALAYSIA BERSAMA-SAMA MENDOAKAN UNTUK CIKGU AZIZAN BERJAYA HADAPI UJIAN..BANYAKKAN BERSABARLAH CIKGU AZIZAN

  55. moga berjaya cikgu azizan… mungkin ini pencetus tanda profesion guru perlu dijaga bukan dihentam selalu… inshallah moga allah swt membantu kita memberi hidayah pada perent tersebut… manjada wajada cikgu

  56. Harap yg mana yg berjuang utk berkecuali tu buka mata luas2…
    Supaya boleh nmpak dri semua sudut, yg mana baik yg mana buruk
    Dan kpd yg masih keraspala tu, semoga dilembutkan kepalanya utk insof & bertobat.^-^

  57. Sebagai seorang parent (pernah jadi guru sementara beberapa bulan) saya bersolidariti dan beri sokongan 100% buat Cikgu Azman. Semoga Allah SWT memudahkan, memenangkan & merahmati Cikgu Azizan khususnya serta seluruh warga pendidik

  58. Memang perkara tsb tidak bermoral. Ibubapa serta murid tsb perlu diheret dgn undang2 yg ada. Peguam juga hanya memikirkan 1 perkara dan kami tahu. Ibubapa tsb tidak pandai mendidik anak dan memang tidak ambil tahu perangai anak dibelakang mereka. Pelik tetapi benar. Memang tidak bermoral.. Sgt marah dgn perkara ini. Cikgu Azizan.. Saya sokong Cikgu.

  59. Semuga kemenangan berpihak pd Cikgu Azizan.Insha’Allah atas niat yg baik akan mendapat bantuan dari Allah swt. Teruskan perjuangan Cikgu…

  60. Insya Allah, semoga kes ini menjadi pengajaran kepada semua terutama ibu bapa, kementerian dan ketabahan kepada Cikgu Azizan menghadapi segala ujian yang melanda.

  61. Saya sokong cikgu Azizan …bersabarla dalam menempuhi ujian ALLAH .Jangan risau jika berada di pihak yang benar …ALLAH sentiasa menolong hambanye dlm kesusahan .

  62. Doakan cikgu Azizan selamat dan dipermudahkan segala urusan. Doakan juga kebaikan kepada murid an parents2 semua yg terlibat agar kembali kejalan kebenaran dn bersatu untuk kebaikan anak2 kita didunia dan akhirat. Buang dan tapis yg keruh dan ambil yg jernih kita amalkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here