Home info Kronologi Kes Cikgu Azizan

Kronologi Kes Cikgu Azizan

106
13

Ramai yang bertanya, bagaimana kronologi kes Cikgu Azizan yang tular di media sosial, apakah punca beliau didakwa di mahkamah, dan banyak lagi persoalan yang timbul.

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan: (Berdasarkan sumber dari warga guru, Cikgu Azizan, dan YDP PIBG Sekolah)

  • Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
  • Buli.
  • Memukul murid lain.
  • Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Seperti mana artikel sebelum ini: (Sokongan Moral Untuk Cikgu Azizan), sokongan kita kepada Cikgu Azizan terus diperluaskan.

Kita doakan beliau tabah dan bersabar atas ujian ini, walau kita tidak mengenali tetapi kita semua tetap bersama. Ini hari beliau, mungkin nanti tiba hari kita.

Walau di mana pun kita berada zahirkan sokongan anda, biarpun tidak dapat hadir ke mahkamah, kita gunakan semaksimanya media yang ada, gunakan hastag #PrayForCikguAzizan

Bagi yang belum mengundi, boleh terus mengundi di: Sokong Cikgu Azizan

Coming Soon
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Saya menyokong Cikgu Azizan:
Saya menyokong Cikgu Azizan:

13 COMMENTS

  1. Ibu bapa itu patut dipanggil. Apakah mereka tahu akriviti anak mereka menghidu gam. Jika tak tahu sekarang tahu. Jika tahu tetapi membiarkannya, beri pilihan:
    Jika mahu anak bersekolah, jangan ambil opiat (dadah, hidu gam dan jenis2 opiat) kerana ia menyalahi peraturan sekolah.
    Jika tetap berdegil hantar anak ke sekolah Henry Gurney atau pusat pemulihan dadah

    • opiat ni jenis dadah, bukan merujuk kepada semua jenis, lagi satu gam bukan di bawah kategori dadah, opiat adalah merujuk dadah yang berasal dari pokok popi.

  2. ??????

    *Solidariti Tidak Bertepi*

    _*KHUSUS BUAT SEBENAR-BENAR GURU – CIKGU AZIZAN*_

    Kami dari mengucapkan Takziah di atas tindakan ke atas tuan di bawa ke perbicaraan Mahkamah. Kami mendoakan Allah membuka pintu hati;

    Hakim
    Jab. Pendidikan
    Menteri Pendidikan
    Bapa dan keluarga yg mengambil tindakan
    Masyarakat yg menyaksikan.

    ?Agar Allah memberi ke adilan kepada Cikgu Azizan, sebenar benar pendidik, yang memahami tugas membina insan.
    ?Agar Allah memberi kesedaran kepada penjaga tanggung jawab dan amanah yg Allah berikan bukan hak mutlak mereka mengambil tindakan semberono menyalahkan guru. Kamu akan di hadapkan ke Rabbul Jalil atas *kezaliman* yg kamu lakukan kepada diri sendiri, anak, guru dan masyarakat.
    ?Agar Allah memberi kesedaran kepada pihak yang bertanggung jawab kepincangan sistem dan bertindak segera membetulkannya.
    ?Agar Allah mengcampakkan kesedaran masyarakat sekeliling gejala yang melanda bukan tanggung jawab guru sahaja memdidik,tetapi adalah tanggung jawab semua.

    Wallahuaklam.

    Terima kasih Guru yang memukul aku untuk aku menjadi “orang” sekarang.

    *Salam takzim buat semua Cikgu Azizan.*

    LwAgy
    Mutiara Damansara
    18/12/2017

  3. Takkan nak tunggu budak2 tu bakar sekolah baru nak amik tindakan..
    Kes berat budak2 ni. Mak ayah budak tersebut mesti tak pernah denda anak diorang ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here