Home info Pengalaman Aku Sebagai Guru Pool

Pengalaman Aku Sebagai Guru Pool

131
4

Apakah maksud Guru Pool? Bagaimana boleh diletakkan dalam kumpulan pool ini? Pasti ramai yang tidak pernah pun tahu atau mengenali guru yang ada di dalam situasi ini.

Namun kita bertuah sebenarnya dapat membaca nukilan dari Cikgu Shamsul Ramli yang mempunyai pengalaman berkenaan hal ini. Jom kita baca:

Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Ramai juga sahabat-sahabat yang bertanya berkaitan pool ni sebenarnya. So meh aku share sikit setakat apa yang aku tahu. Dari pengalaman yang telah aku lalui.

*******

Sebaik aku disahkan kanser pada tahun 2014, aku mula mengambil cuti barah yang diperuntukkan kepada penjawat awam selama 2 tahun. Ketika dalam cuti aku dihubungi oleh pihak sekolah, untuk memaklumkan bahawa tuan Pengetua mencadangkan agar aku dimasukkan ke dalam kategori ‘Jawatan Dalam Kumpulan‘ KPM atau sinonim dengan panggilan pool.

Jujurnya aku tiada sekelumit pengetahuan pun berkenaan dengan jawatan pool ini. Apa buruk baiknya, apa kesan jangka pendek dan jangka panjang, kesan ke atas perkhidmatan dan sebagainya.

Selesai rawatan, aku berjumpa dengan pengetua, dalam masa yang sama aku ada bertanya dengan beberapa orang ‘sifu’ dalam bidang pendidikan ini. Hasil nasihat mereka secara kolektif, aku akhirnya bersetuju untuk dipoolkan.

Disini aku tuliskan serba sedikit apa yang aku tahu dan apa yang telah aku lalui selama berada dalam jawatan pool ini. Aku tuliskan dalam bentuk point supaya senang sikit pembacaan tu ye.

1. Pekeliling

Ibu bagi pekeliling yang melibatkan pool ini adalah Pekeliling Bilangan 2 Tahun 2009 yang bertarikh 27 Ogos 2009. Dalam pekeliling tersebut dinyatakan dengan jelas kriteria-kriteria yang melayakkan seseorang penjawat awam dimasukkan ke dalam Jawatan Kumpulan KPM (pool).

Antara kriteria-kriteria tersebut adalah seperti:

  • Masalah kesihatan Yang Berpanjangan
  • Masalah Mental
  • Pegawai yang mengambil cuti panjang
  • Pegawai Berprestasi Rendah

Dalam kes yang aku lalui adalah dari jenis masalah kesihatan yang berpanjangan/ penyakit barah.

2. Kenapa Perlu Pool

  • Untuk memudahkan urusan pegawai itu sendiri. Bila kita dimasukkan ke dalam pool, secara automatik kita akan terkeluar dari KG (Kuota Guru) sekolah. Bagi guru-guru yang tidak mampu untuk masuk ke dalam kelas untuk mengajar, kita boleh memohon (berbincang dengan Ketua Jabatan) untuk kerja-kerja ringan, bersesuaian dengan kemampuan kita.
  • Untuk kemudahan sekolah dan rakan-rakan sejawat. Apabila kita terkeluar dari KG, bermakna sekolah layak untuk memohon kemasukkan seorang guru bagi mengisi kekosongan yang telah kita tinggalkan. Bermakna kita tidak akan membebankan pihak sekolah atau rakan-rakan guru bagi menampung jadual kerja yang telah kita kosongkan itu.

3. Gaji Dan Kenaikan Pangkat

Sebaik dimasukkan ke dalam pool, semua urusan berkaitan gaji dan kenaikan pangkat akan diuruskan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri. Ini apa yang berlaku dalam kes aku.

Seseorang pegawai yang dipoolkan LAYAK menerima kenaikan gaji tahunan biasa, dengan syarat hadir bertugas dan mengisi borang penilaian tahunan (PBPPP).

Berkaitan dengan kenaikan pangkat pula, sungguh pun tiada apa yang berkaitan dengan aku, tetapi apabila ditanya, pihak JPN menjawab yang kenaikan pangkat adalah ‘tertangguh’ sepanjang tempoh pool.

4. Berapa Lama Tempoh Pool Dan Apa Selepas Itu

Tempoh pool adalah selama DUA tahun, termasuk sebarang cuti yang kita ambil seperti cuti barah, cuti sakit, cuti rehat khas atau cuti sekolah. Selepas 2 tahun penilaian semula akan dibuat.

KEBIASAANNYA ada 2 senario yang akan berlaku:

Senario 1: pegawai diisytiharkan SIHAT sepenuhnya oleh pegawai perubatan. Maka sekolah akan membuat surat permohonan agar pegawai dikeluarkan dari pool. Pegawai akan kembali bertugas seperti biasa.

Senario 2: pegawai masih belum sihat sepenuhnya, malah kesihatan makin mudarat. Dalam kes ini pihak sekolah diminta untuk memohon penubuhan Panel Perubatan. Jika didapati pegawai benar-benar tidak sihat untuk kembali bertugas, maka pegawai akan dinasihati untuk memilih option bersara awal.

* Baik, itu senario yang biasa. Dalam kes aku, ianya agak luar biasa. Aku telah disahkan SIHAT oleh pakar perubatan, namun dinasihatkan untuk tidak mengajar. Yelah dah masalah peti suara, nak mengajar suara kena power la weh. Cikgu-cikgu sebenarnya bukan setakat mengajar, kawalan kelas itu lebih penting, kan…

So dalam kes aku ini aku telah memohon untuk menyambung tempoh pool, dan menukar tajuk pool akademik kepada pool pentadbiran. Hasilnya: masih menunggu surat jawapan dari pihak KPM.

5. Takut/ Malu Untuk Dipoolkan

Ini antara rungutan atau aduan-aduan yang aku pernah terima dari rakan-rakan yang bertanya pendapat aku tentang pool ni. Baik, aku akan jawab begini:

Jika benar-benar kemampuan kita terbatas, masuklah pool. Ianya bukan sesuatu yang memalukan, malah ianya adalah satu KEISTIMEWAAN yang diberikan kepada kita sebagai seorang penjawat awam. Aku ingin tegaskan disini, sebaik sahaja kita di dalam pool, tidak ada, TIDAK ADA seorang pun, samada dari pihak rakan-rakan guru atau pun dari kalangan pentadbir sendiri yang boleh mempertikaikan sebarang keringanan tugas yang diberikan kepada kita. Kerana? Rujuk point nombor 2.

Kalau deme dengki sangat, cakap je: apa ko nak sangat ke duduk dalam pool ni? Mai ganti tempat aku, hambik sekali penyakit aku ni, nak..!!??

Jadi dalam tempoh 2 tahun itu bekerjalah mengikut kemampuan sendiri. Jika merasakan masih mampu dan ingin meneruskan kerja dalam bidang sedia ada, maka buktilah kemampuan itu, insha Allah pentadbir akan menilai dengan baik.

7. Takut Dibersarakan

Ok, ini satu lagi kegusaran yang sering diutarakan. Untuk ini aku ambil jawapan mudah sahaja:

“Percaya kepada rezeki kita.”

Segala-galanya akan berbalik kepada kejujuran kita sendiri dan keyakinan kita kepada rezeki yang telah ALLAH janjikan. Jika rasa masih betul-betul mampu untuk meneruskan kerja, maka just fight like hell! Tunjukkan apa kemampuan kita. Bukan aku nak memuji diri sendiri, tapi itulah yang telah aku tunjukkan sepanjang 2 tahun di dalam pool ini.

Ya, aku ada kekangan dari sudut PdPc. Namun aku juga telah tunjukkan sisi terbaik aku dari sudut yang lain. Selama 2 tahun ini aku telah bekerja keras untuk membuktikan keupayaan aku, aku telah menggunakan hikmat bodek pada tahap yang tertinggi, aku telah berjumpa dengan orang itu, orang ini, menyatakan hasrat, meluahkan isi hati.

Sekarang adalah masa untuk menunggu hasilnya. Yang pasti jika ALLAH kata ada rezeki, adalah. Jika tiada, hermmm (sambil belek-belek aplikasi uber).

Guru pool

Beliau juga aktif menyampaikan ceramah di sekolah-sekolah..

*******

Tapi yelah, dalam kes yang benar-benar tidak mampu, seperti yang aku ungkapkan dari awal, berlaku jujurlah dan percaya pada rezeki ALLAH. Jika panel perubatan mendapati kita benar-benar tidak sihat, malah mungkin menyusahkan rakan-rakan sekerja apabila tamat tempoh pool nanti, maka terimalah perancangan yang telah ALLAH aturkan untuk kita itu.

Insha Allah, ada sesuatu yang lebih baik menanti kita di sebalik semua itu nanti.

Nota kaki:

– Tulisan di atas adalah pengalaman peribadi yang aku lalui sendiri.

– Setiap tata cara kerja dan sebarang tindakan dalam perkhidmatan awam adalah tertakluk dan berlandaskan pekeliling yang berkaitan. Namun harus diingat interpretasi pekeliling kadang kala berbeza di antara sekolah, pejabat pendidikan, jabatan pendidikan negeri mahu pun di peringkat kementerian sendiri.

– So cadangan aku, sebelum mengambil sebarang langkah atau keputusan yang membabitkan masa depan kita dalam perkhidmatan awam ini, berjumpalah dahulu dengan Ketua Jabatan sendiri, pegawai-pegawai di pejabat pendidikan atau di peringkat negeri. Berbincanglah dan tanyakan pendapat mereka yang arif.

Begitulah kisah dan pengalaman beliau, sama-sama kita doakan semoga beliau sihat dan dipermudahkan segala urusan.

Boleh Follow Facebook : Shamsul Ramli

4 COMMENTS

  1. Salam. Saya bekas guru pool pengurusan. Baru bersara pilihan hari ini 1 Dis 2017. Pool sejak Jun 2015. Saya sihat tetapi tidak dapat mengajar kerana masalah suara serak berpanjangan akibat asid refluks. Doktor pakar kata peti suara sudah ok. Tetapi suara saya tidak kembali seperti asal.Reda sajalah.

  2. salam. sy dah 8 bulan mc pasal sakit yg saya sendiri pn x biasa dengar. severe GAD .terkejut sy rasa pasal sblm ni xpernh pn rs stress kt skolah pn blh kena benda alah ni. hari2 sy pikir mcm mn la nasib sy kalau kena buang kerja nnt.lg down bila pikir nasib ms dpn anak bini.x tau la apa nk jd kalau kena cop mcm2 ngan kwn2.. lps bc artikel ni, positif sikit rasanya. terima kasih. sedar x sedar, artikel ni mmpu bntu ubah mindset sy kearah yg lbh baik, wlaupun dh setahun usianya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here