Sukacita dimaklumkan Hari Sukan Negara telah ditetapkan pada sabtu ke 2 pada bulan oktober, dan pada tahun ini telah jatuh pada 14 oktober 2017.

Mendasari dan menyokong sambutan tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan pelbagai aktiviti untuk dilaksanakan pada 14 Oktober tersebut.

Berikut adalah surat berkenaan perkara tersebut.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Surat hari sukan negara

Untuk makluman usaha ini adalah sebagai galakan penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang dirancang dan akan diiktiraf dalam pemberian markah pentaksiran kokurikulum / sukan.

Jika sekolah melaksanakan aktiviti pada 14 Oktober ini bermakna guru yang ingin pulang ke kampung perlu menyelesaikan tugas pada hari tersebut dahulu.

Walaubagaimanapun, surat hanya menyebut ‘ MENGGALAKKAN ‘.