Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan (GPPKK) menerangkan secara khusus
terma, syarat, kaedah pelaksanaan penilaian keberhasilan. Penilaian komponen
keberhasilan merupakan sebahagian daripada PBPPP. Jumlah keseluruhan markah
untuk penilaian keberhasilan ialah 100%. Walau bagaimanapun dalam penilaian
keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.

Penilaian keberhasilan merupakan penilaian hasil kerja utama outcome/ output yang
memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Asas penilaian keberhasilan
berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga elemen berikut perlu
dipertimbangkan secara profesional semasa membuat penilaian sasaran keberhasilan
yang telah ditetapkan iaitu:

a) usaha; dan/ atau
– inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan
b) kesungguhan; dan/ atau
– berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlas hati
c) keberkesanan tugas
– hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi

Secara amnya, proses penilaian komponen keberhasilan bermula dari langkah
penetapan sasaran, penilaian awal, semakan semula sasaran dan penilaian kejayaan
mencapai hasil tugas yang disasarkan.

Muat Turun Borang Keberhasilan

Kaedah-kaedah penilaian komponen keberhasilan adalah seperti berikut:

a. Penetapan sasaran keberhasilan adalah berdasarkan kepada deskripsi tugas
yang dilaksanakan oleh PYD. PP berperanan menyelia dan membimbing dalam
menentukan hasil kerja yang disasarkan. Penetapan sasaran keberhasilan perlu
dibuat pada awal tahun penilaian.

b. PP1, PP2 dan PYD hendaklah berbincang dan membuat persetujuan bersama
bagi menetapkan sasaran keberhasilan berdasarkan deskripsi tugas yang akan
dicapai dalam tahun penilaian.

c. Penilaian sasaran keberhasilan dilaksanakan dua kali dalam tempoh penilaian
iaitu pada penilaian pertama (pertengahan tahun) dan penilaian akhir (akhir
tahun).

d. PP1, PP2 dan PYD perlu berbincang untuk menetapkan pencapaian keberhasilan
dengan adil, telus dan berintegriti bagi setiap sasaran keberhasilan PYD.

e. Sasaran keberhasilan boleh dikekalkan, ditambah, digugur atau dipinda selepas
penilaian pertama dengan persetujuan bersama antara PYD, PP1 dan PP2.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


f. Skor penilaian komponen keberhasilan akan dimasukkan ke dalam sistem ePrestasi oleh PP1. PP2 boleh menyemak skor keberhasilan yang telah dimasukkan
dan disimpan oleh PP1 ke dalam sistem e-Prestasi. PP2 juga perlu memastikan
maklumat tersebut adalah sama seperti yang dipersetujui antara PYD dan PP1.

g. PP1, PP2 dan PYD mesti menyimpan salinan Borang Keberhasilan selepas
penilaian untuk tujuan rekod dan rujukan semasa dan selepas tempoh tahun
penilaian.

Tatacara penetapan sasaran keberhasilan adalah seperti berikut:

a. Penyataan sasaran keberhasilan adalah berdasarkan deskripsi tugas PYD.
Penulisan penyataan sasaran keberhasilan adalah tidak melibatkan kerja rutin
yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan.

b. PYD perlu menetapkan sasaran keberhasilan yang sesuai dengan deskripsi tugas
dan tempat bertugas masing-masing. PYD perlu merujuk kepada senarai tugas
yang telah ditetapkan.

c. Bilangan bidang tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran sasaran
hendaklah bersesuaian mengikut kemampuan dan kebolehcapaian dengan
deskripsi tugas PYD serta latar belakang dan matlamat organisasi.

d. Setiap PYD perlu menetapkan sekurang-kurangnya lima sasaran keberhasilan
yang bersesuaian dengan deskripsi tugas yang dijalankan. Walau
bagaimanapun sasaran keberhasilan bagi PYD berikut boleh disediakan kurang
daripada lima iaitu:
• PPP yang baharu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
• PPP yang berada dalam Jawatan Kumpulan tetapi layak dinilai pada tahun
semasa
• PPP yang berada dalam tempoh pemantauan dasar pemisah (exit policy)

PANDUAN KEBERHASILAN

Penilaian Komponen Keberhasilan perlu menggunakan Borang Keberhasilan seperti
format dalam Rajah 7.3. Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel dan
boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

Semoga info dan maklumat ini dapat membantu anda dalam memahami prosen penilaian keberhasilan.