Penilaian Komponen Keberhasilan perlu menggunakan Borang Keberhasilan seperti
seperti yang telah diberi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel dan boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun semasa.

Secara amnya, proses penilaian komponen keberhasilan bermula dari langkah
penetapan sasaran, penilaian awal, semakan semula sasaran dan penilaian kejayaan
mencapai hasil tugas yang disasarkan. Rajah 7.2 menunjukkan proses kerja penilaian
komponen keberhasilan sepanjang tempoh penilaian.

carta alir keberhasilan

Bagi mereka yang ingin mendapatkan Borang Keberhasilan 2021 boleh memuat turun di bawah:

BORANG KEBERHASILAN

Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:

Bidang Tugas/ Fungsi/ Akauntabiliti bermaksud skop tugas PYD. Tiada
penetapan khusus berkaitan bidang tugas. PP dan PYD perlu berbincang
dalam menentukan bidang tugas yang bersesuaian.

Sasaran Keberhasilan bermaksud hasil kerja yang perlu dicapai pada tahun
penilaian. Sasaran yang boleh diukur, memberi impak kepada klien atau
organisasi dan perlu dipacu ke arah pencapaian organisasi.

Pencapaian Semasa Penilaian Pertama bermaksud pencapaian sasaran
yang diperoleh oleh PYD semasa penilaian pertama dilaksanakan.

Penilaian Pertama bermaksud peratus markah yang diberi oleh PP bagi
pencapaian sasaran semasa penilaian pertama.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Status bermaksud kedudukan sasaran selepas semakan semula
dilaksanakan sama ada dikekalkan, ditambah, digugur atau dipinda.

Pencapaian Semasa Penilaian Akhir bermaksud pencapaian sasaran yang
diperoleh oleh PYD semasa penilaian akhir dilaksanakan.

Penilaian Akhir bermaksud peratus markah yang diberi oleh PP bagi
pencapaian sasaran semasa penilaian akhir.

Catatan bermaksud ulasan Pegawai Penilai terhadap penilaian sasaran.

Bilangan Sasaran Yang Dinilai bermaksud bilangan semua sasaran
keberhasilan yang dinilai sama ada semasa penilaian pertama atau
penilaian akhir.

Jumlah Markah bermaksud jumlah markah keseluruhan pencapaian
sasaran keberhasilan yang dinilai.

Peratus Pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran
yang dinilai.

Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan purata markah keberhasilan.
Skor bagi penilaian pertama dan penilaian akhir mesti key-in dalam Sistem
e-Prestasi oleh PP1. Rujuk Rajah 7.4

Tandatangan dan Tarikh Penetapan Sasaran bermaksud tandatangan dan
tarikh bukti perbincangan penetapan sasaran keberhasilan pada awal
tahun oleh PP1, PP2 dan PYD.

Tandatangan dan Tarikh Penilaian Pertama bermaksud tandatangan dan
tarikh bukti perbincangan semasa penilaian pertama sasaran keberhasilan
oleh PP1, PP2 dan PYD.

Tandatangan dan Tarikh Semakan Sasaran bermaksud tandatangan dan
tarikh bukti perbincangan semakan semula sasaran keberhasilan selepas
penilaian pertama oleh PP1, PP2 dan PYD.

Tandatangan dan Tarikh Penilaian Akhir bermaksud tandatangan dan
tarikh bukti perbincangan semasa penilaian akhir sasaran keberhasilan
oleh PP1, PP2 dan PYD.

Catatan bermaksud ulasan/ catatan semasa proses pelaksanaan oleh
pegawai berkaitan