Najib Razak dalam ucapannya memberitahu BAJET 2018 nanti ada khabar gembira buat penjawat awam di Malaysia.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-15 (MAPPA XV) dengan tema Aspirasi Perkhidmatan Awam Menuju TN50: Penyampaian Untuk Kesejahteraan Rakyat dan Negara di sini, hari ini.

Apakah khabar gembira tersebut, antara perkara yang selalu ditunggu oleh Penjawat Awam ialah Bonus Akhir Tahun, kenaikan tangga gaji dan juga mahukan penambahbaikan jumlah elaun terutamanya elaun perumahan dan elaun sara hidup.