Menjelang Januari 2019, semua agensi dan jabatan kerajaan digalakkan mewujudkan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja masing-masing.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keutamaan diberikan kepada agensi kerajaan yang mempunyai kerja syif seperti di hospital kerajaan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan TASKA dapat diwujudkan di sekolah untuk kemudahan guru-guru.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


“Bagi sektor awam, subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sebanyak RM180 sebulan bagi seorang anak kepada pegawai perkhidmatan awam yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan disediakan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013.

“Bagi sektor swasta pula, insentif pelepasan cukai boleh dituntut dari kerajaan mengikut pekeliling Jabatan Hasil Dalam Negeri bertarikh 15 Februari 1996 yang mana pengecualian cukai 10 peratus selama 10 tahun untuk ubah suai dan penyenggaraan bangunan bagi penyediaan TASKA, ” katanya.

Guru-guru menyambut baik pelaksanaan taska di sekolah, yang mana ia pernah diusulkan oleh warga pendidik sebelum ini, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan dan menjimatkan masa guru untuk menghantar anak ke taska atau pengasuh di awal pagi.